KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebagai seorang pemimpin berintegriti yang dibuktikan menerusi kepimpinan beliau.

"Allahyarham dikenali sebagai pemimpin yang mempunyai integriti dan telah memperlihatkan kesungguhan dalam meningkatkan kesedaran dan pencegahan terhadap rasuah menerusi kepimpinan beliau," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkifli yang mewakili SPRM berkata seluruh warga suruhanjaya itu mengucapkan tahziah kepada anggota keluarga Adenan atas pemergian tokoh politik berjiwa rakyat.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar berkata Adenan akan dikenang dalam perjuangannya untuk meningkatkan integriti dan menggalakkan pembangunan lebih saksama serta mengukuhkan penurunan kuasa kepada Sarawak.

"Beliau melakukannya dalam kerangka negara Malaysia yang bersatu padu dan, harmoni yang menjadui sebahagian daripada agenda yang berterusan.

"Beliau tidak sempat mencapai misinya. Banyak lagi yang perlu dilakukan. Kita berharap penggantinya akan meneruskan matlamat yang ditetapkan oleh Adenan," kata Chandra.

Beliau juga menyifatkan pemergian Adenan sebagai kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Sarawak tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sebagai tunjang utama dalam kerajaan Sarawak, akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi memilih presiden baharu untuk menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
  • KUCHING - Jenazah Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan dengan istiadat pengebumian Negeri di tanah perkuburan Islam Samariang di sini hari ini.
  • KUCHING - Puluhan ribu umat Islam hadir di Masjid Jamek Sarawak, di sini bagi menunaikan solat jenazah Allahyarham Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang selamat disemadikan sebentar tadi.
  • KUCHING - Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Damai Jaya, Santubong, dekat sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.