PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly sekali lagi dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Terdahulu, Adam hadir sekitar jam 2:30 petang dan dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM, untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Difahamkan, Adam berkemungkinan akan ditahan, selepas selesai disoal siasat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pada 10 Februari lalu, Adam telah diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi merakam keterangan berhubung dakwaan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN:SPRM rakam keterangan Adam Rosly]

Adam yang ditemui pemberita selepas melalui empat jam proses temu bual pada tarikh berkenaan, berkata pelbagai soalan dikemukakan kepadanya oleh SPRM termasuk berkenaan sumber pendapatannya.

"Saya bukannya disoal siasat, pegawai SPRM hanya menemu bual, bertanyakan mengenai sumber pendapatan dan saya ucapkan terima kasih

kerana mereka menjalankan tugas dengan profesional," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak perlu war-warkan apa bisnes saya’]

Media sebelum ini melaporkan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, satu laporan terhadap SPRM telah dibuat Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Seorang doktor pelatih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan membuat penghantaran jelik membabitkan Yang Dipertuan Agong menerusi akaun facebooknya , dua tahun lalu.
  • KOTA KINABALU - Seorang bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan isterinya memfailkan permohonan kebenaran bagi pendengaran semakan kehakiman untuk mengetepikan kesemua tuduhan terhadap mereka.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan pada satu tarikh lain bagi memutuskan sama ada nama seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf boleh dibinkan dengan nama bapanya atau ‘Abdullah’.
  • KOTA BHARU - Seorang remaja tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, tadi, atas dua tuduhan merogol kekasih bawah umur .
  • KUALA LUMPUR - Seorang operator tapak pelupusan sampah haram dipenjara sebulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM4,000 kepada pegawai penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), tahun lalu.