KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.
Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.
"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.
Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
[BERITA BERKAITAN - 'Sabar duhai hati', status terakhir BB isteri ditemui mati]
[BERITA BERKAITAN - Eksekutif wanita TV9 ditemui mati]
- Kematian tahanan lokap: Polis tubuh pasukan khas
- Polis bebas 18 individu yang ditahan di Balai Jinjang semalam
- Keris buat laporan polis terhadap Malaysiakini kerana menghasut
- Jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup sempena raptai Citrawarna
- KDN rampas tabloid Suara Keadilan, Harakah, The Rocket
- Penutupan jalan di kawasan KL Sentral
- Gangguan perkhidmatan capaian TH mula 6.30 petang ini
- Felda gagal dapat perintah penghakiman ingkar terhadap Saifuddin
- Mohamed Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta
- Polis tumpas sindiket palsu permit kerja




