ALOR SETAR - Kira-kira 850 pengunjung terkandas di Gunung Mat Chinchang, Langkawi, apabila sistem kereta kabel SkyCab mengalami kerosakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, 50 pengguna perkhidmatan kereta kabel itu terperangkap dalam gondola, sementara 800 lagi terkandas di stesen pertama puncak bukit.

Menurut pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 6.53 petang.

Anggota Bomba dan kakitangan SkyCab yang terlibat dalam operasi membantu serta pembaikan.

"Susulan itu, seramai 16 anggota bersama tiga jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi demi memberi bantuan.

"Berdasarkan maklumat awal, pihak bomba menerima maklumat, 50 orang terperangkap dalam gondola manakala lebih kurang 800 orang terkandas di stesen pertama,"katanya.

Kata beliau, pihak bomba mendaki gunung dengan membawa alat ganti peralatan yang mengalami kerosakan ke stesen pertama demi membantu kakitangan SkyCab membaiki kerosakan.

Mangsa terperangkap diberi bantuan

Menurutnya, kerja membaik pulih sistem kereta kabel yang kerosakan  dijangka mengambil masa antara dua dan tiga jam.

Mustakim berkata, setakat ini,operasi masih berjalan bagaimanapun keadaan terkawal.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :