AMPANG - Polis menahan dua lelaki dalam pergaduhan di Jalan 4, Pandan Mewah, bersebelahan Hospital Ampang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi, anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah melihat sekumpulan lelaki berkumpul  berhampiran Hospital Ampang.

Menurutnya, dianggarkan seramai 80 individu telah bergaduh menggunakan topi keledar.

"Anggota kita telah menghampiri kumpulan terbabit dan mengarahkan mereka bersurai, namun tidak diendahkan.

"Susulan itu, salah seorang lelaki yang terbabit dalam kejadian itu telah ditahan. Selepas penahanan terbabit, seorang individu berlari sambil memegang parang turut ditahan," katanya.

Beliau berkata, parang sepanjang kira-kira 54 sentimeter itu telah dirampas.

Dalam pada itu, polis turut merampas dua buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha LC135.

Katanya, kedua-dua lelaki berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah. Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua mereka direman sehingga esok.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Pasaraya Sunshine mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan stok kopi yang didakwa menyebabkan simptom letih dan lemah terhadap dua lelaki selepas meminum kopi tersebut dalam kejadian minggu lalu.
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kejadian tembak di sebuah pusat beli-belah di ibu kota seperti ditularkan di media sosial hari ini.
  • PUCHONG - Polis menahan enam lelaki yang bergaduh selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di sini, semalam.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Gara-gara bergaduh dan bertengkar dengan jiran wanitanya, seorang pesara juruteknik didenda RM400 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.