BENTONG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 77,242 saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) sehingga semalam, sejak sistem itu dikuatkuasakan pada 15 April lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, 68,830 saman dikenakan kepada pemandu yang tidak mematuhi had laju manakala 8,412 lagi saman bagi kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

"Hasil pemerhatian dalam tempoh itu didapati KM 375.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), iaitu di Slim River, Perak (arah utara) dicatatkan sebagai kawasan paling kerap had laju dilanggar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-19 di Dataran Bentong, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron dan Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Datuk Jim Khor.

Tiong Lai berkata, JPJ juga telah menempatkan 3,128 anggotanya untuk tujuan penguatkuasaan dalam Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula semalam hingga 2 Julai ini, yang menyaksikan sebanyak 681 kenderaan telah diperiksa pada hari pertama semalam.

Selain itu, Tiong Lai sekali lagi mengingatkan pengguna jalan raya bahawa JPJ akan memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum akhir tahun ini, sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada di lokasi yang sering berlaku kemalangan.

"Antara lokasi pemasangannya ialah di KM 151.4 Lebuhraya Plus - Pagoh, KM 299.9 Lebuhraya Plus-Kampar, KM 17 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, KM 96.3 Lebuhraya Plus -Kuala Muda, KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chenih, KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chukai dan KM 146.8 Lebuhraya Plus - Pagoh," katanya sambil berharap pemasangan itu mampu mengurangkan jumlah kemalangan di lokasi  terlibat.

Sementara itu, kempen keselamatan jalan raya bertemakan 'Alah bisa, tegal biasa! Berhenti di lampu merah, amalan mulia' bagi tahun ini, bertujuan menekankan kepentingan mematuhi peraturan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan kecuaian kecil.

Kempen seterusnya akan diadakan pada 21 dan 22 Jun ini, masing-masing bertempat di Hentian Sebelah Petaling Jaya, Lebuhraya Damansara-Puchong dan Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman difailkan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin.
  • KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355.
  • IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tindakan saman yang difailkan pemegang saham minoriti syarikat pelaburan emas Bestino Group Berhad terhadap dua pengarah dan dua pemegang saham majoriti syarikat itu.
  • KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya penahanan remannya mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinilai semula.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi membatalkan saman difailkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia berhubung dakwaan terlibat dalam salah laku pentadbiran awam serta kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.