KUALA LUMPUR – Polis menahan 67 individu termasuk warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dalam Operasi Bersepadu bagi membasmi masalah penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpai izin (pati).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata, operasi dijalankan bermula jam 4 pagi semalam itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul serta dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurutnya, hasil serbuan, polis menahan lapan warga tempatan dan 59 warga asing terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, India, Indonesia dan Nepal berumur lingkungan 21 hingga 50 tahun untuk pemeriksaan.

“Semua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk pemeriksaan lanjut.  Pemeriksaan ke atas semua tangkapan mendapati 15 daripadanya positif dadah dalam saringan ujian air kencing yang dijalankan dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Seramai 47 orang telah ditangkap kerana  tidak mempunyai Pas Perjalanan yang sah, manakala lima lagi telah dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, dengan kejayaan operasi berkenaan, polis akan meneruskan usaha membasti masalah berkenaan di Kuala Lumpur hingga ke akar umbi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang operator mesin cetak ditahan selepas dipercayai memiliki 6 gram (g) syabu dan 3g pil kuda dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Abdul Kadir Adabi, di sini.
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).
  • ISKANDAR PUTERI - Pasukan Tindak Khas Op Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal sekitar Gelang Patah, Skudai dan Tanjung Kupang susulan penahanan 12 lelaki dari Geng Wan Joi dan Geng Pulai Emas yang dipercayai terlibat dalam 36 kes.
  • AMPANG - Beroperasi dengan menjalankan kegiatan perjudian atas talian di kawasan apartment untuk mengelak daripada mudah dihidu pihak berkuasa.