SIBU - Sebanyak 48 penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas di Lapangan Terbang Sibu pada hari ini dibatalkan berikutan kejadian pesawat MH2718 Malaysia Airlines tergelincir dari landasan malam tadi.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu Zainuddin Abu Nasir berkata daripada jumlah itu, 28 penerbangan adalah MASwings, 16 penerbangan AirAsia dan empat penerbangan Malaysia Airlines.

Menurutnya, penerbangan itu melibatkan destinasi Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Bintulu, Miri dan Kuching. Jumlah keseluruhan penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan tersebut ialah 3,787 orang.

"Syarikat-syarikat penerbangan yang terlibat telah membuat keputusan membatalkan penerbangan mereka.

"Kita jangka operasi di Lapangan Terbang Sibu akan kembali seperti biasa jam 8 malam nanti sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengalihkan pesawat," katanya pada persidangan media di sini hari ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUTTERWORTH - Laporan awal siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lepas yang mengorbankan dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dikeluarkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
  • KUALA LUMPUR - Kawasan hutan dan berpaya antara cabaran sukar ditempuh pasukan mencari bangkai pesawat pejuang Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengorbankan dua juruterbang dalam nahas di Chukai, Terengganu semalam.
  • SHAH ALAM - Pas melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Hawk 108, Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Hasri Zahari di Chukai, Terengganu petang semalam.
  • KEMAMAN - Sebuah lokasi kira-kira dua kilometer dari lokasi dua mayat juruterbang pesawat Hawk 108 ditemukan di Jalan Chukai-Ibok berdekatan Kampung Yak Yah pada 2.30 petang semalam, menjadi tumpuan orang ramai hari ini.
  • SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menahan sepasang suami isteri di Balai Berlepas Antarabangsa, KLIA 2, kerana membawa wang tunai berjumlah RM700,000 yang ditemui di dalam bagasinya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.