JOHOR BAHRU – Keterangan Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya mempersoalkan pembidaan nombor plat pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor,  menerusi lawan Twitter bulan lalu, akan diambil hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, pegawainya akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu pada jam 2 petang  di  Ipoh, Perak.

Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya menerima 41 laporan polis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Nizar.

“Sehingga kini kita telah merekodkan percakapan daripada 39 individu dan kita juga sedang menunggu laporan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara ini.

“Seterusnya kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas kedua-dua laporan dan keterangan Muhamad Nizar diterima, “ katanya semalam.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Kesedaran masyarakat terhadap pencegahan rasuah dan salah guna kuasa dilihat semakin meningkat berikutan peningkatan pemberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kebelakangan ini.
  • JOHOR BAHRU - Seorang bekas pembantu pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memperdayakan lima individu berhubung proses permohonan kad pengenalan, kad pengenalan gantian dan pembaharuan kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 28 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan menyelamatkan 23 lagi yang disyaki dipaksa berbuat demikian dalam serbuan di dua pusat hiburan di bandar raya ini awal hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan agar sekolah berisiko tinggi berlaku kebakaran di negeri ini dikenal pasti susulan kebakaran sekolah agama di Kuala Lumpur awal pagi tadi.
  • JOHOR BAHRU - Dua lelaki nyaris dibelasah orang ramai selepas mereka terjatuh dari motosikal yang dinaiki ketika cuba meragut seorang wanita, Isnin malam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.