KOTA KINABALU - Empat pelajar wanita maut, manakala lima pelajar lelaki cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Kanibongan - Pitas, kira-kira 131 kilometer dari sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu,  Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Sweeta Kongkoyan, 18, Dayang Manisah Exon, 18, Evi Elsie Jukirim, 18, dan Rebecca Stacey Saimon, 16.

Sweeta meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala Dayang Manisah, Evi Elsie dan Rebecca Stacey meninggal dunia di tempat kejadian.

Lima pelajar yang cedera dalam kemalangan itu ialah Mikhievinlee Lotijin, 18, Aewinkafo Lawrence, 18, Fairus Ejoy Marayau, 18, Jaklin Johglin, 18, dan Elden  Elio,18.

Kesemua mangsa termasuk pemandu adalah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 iaitu lapan daripadanya adalah pelajar Tingkatan Enam dan seorang lagi pelajar Tingkatan Empat.

Mohd Izaan berkata, Mikhievinlee yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pitas dan dibenarkan pulang setelah menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya mengesyaki punca kemalangan itu adalah pemandu hilang kawalan ke atas kenderaannya sehingga ia terbabas dan terbalik di sebelah kanan jalan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUAR - Seorang pelajar kolej vokasional maut selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Terap, Jorak, di sini, pagi tadi.
  • BATU GAJAH - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Lama Siputeh - Pusing pagi tadi.
  • SEREMBAN - Seorang pemandu lori terselamat selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus berhampiran kolam pancing ikan air masin di sini, awal pagi tadi.
  • SLIM RIVER - Sebuah pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kedah terbalik selepas terbabas ketika melalui laluan KM366.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), hari ini.
  • MERSING - Seorang pensyarah teknikal Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing maut dirempuh sebuah lori di KM8 Jln Jemaluang-Mersing ketika dalam perjalanan menghantar anak sulungnya ke sekolah, pagi semalam.