JOHOR BAHARU - Sejumlah 371 orang daripada 107 keluarga di‎ Mukim Sri Gading, dekat Batu Pahat, berada di pusat pemindahan banjir pagi ini, berbanding 365 orang daripada 103 keluarga, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Batu Pahat Mohd Halim Hasbullah berkata sehingga 11 pagi ini, kesemua penduduk yang terjejas akibat banjir itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Paya dan SK Parit Bingan.

"SMK Suria Perdana menempatkan 132 orang daripada 38 keluarga, SK Seri Paya (100 orang, 35 keluarga) manakala SK Parit Bingan (139 orang, 34 keluarga)," katanya yang dihubungi, hari ini.

Mohd Halim yang juga Pegawai Daerah Batu Pahat berkata keadaan cuaca di kawasan berkenaan setakat ini dilaporkan mendung. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :