SUBANG JAYA - Polis Selangor mengesan 35 lokasi panas yang sering berlaku kemalangan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, lokasi tersebut membabitkan daerah Sabak Bernam, Gombak, Kuala Selangor, Klang Utara, Shah Alam, Klang Selatan, Kuala Langat,Hulu Selangor, Petaling Jaya, Ampang Jaya,Subang Jaya, Kajang, Serdang, Sungai Buloh dan Sepang.

Menurutnya, terdapat beberapa lokasi di daerah-daerah tersebut yang menjadi kawasan panas.

"Pekan Sekinchan, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Kilometer 50-61 Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Kapar, Jalan Meru, Lebuhraya Guthrie, Jalan Pelabuhan Barat, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Klang-Banting-Port Dickson, Lebuhraya SKVE, Jalan Genting-Batang Kali dan Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntong.

"Selain itu, Kota Damansara, MRR2, Jalan USJ, Jalan Hulu Langat, Jalan Semenyih, Jalan Balakong, Lebuhraya Besraya, Jalan Besar Seri Kembangan, Jalan Sungai Buloh-Jalan Kuala Selangor dan Jalan Nilai-Bukit Changgang turut menjadi kawasan tumpuan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Ops Selamat 11/2017 Sempena Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Operasi Litrak Lebuhraya Damansara-Punchong, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Aziz Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazaly Saidi serta pegawai kanan polis kontinjen Selangor.

Mengulas lanjut, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Bomba, Litrak dan Sprint bagi meningkatkan keberkesanan kempen.

Katanya, perbandingan statistik kemalangan dalam Ops Selamat sempena perayaan aidilfitri dilaporkan meningkat.

"Pada Ops Selamat 5/2014, sebanyak 4,966 kes, Ops Selamat 7/2015, sebanyak 5,187 kes, manakala Ops Selamat 9/2016 mencatatkan 5,468 kes.

"Daripada jumlah kes kemalangan yang dilaporkan itu, kemalangan maut mencatatkan 32 kes (Ops Selamat 5/2014), 51 kes (Ops Selamat 7/2015) dan 45 kes (Ops Selamat 9/2016)," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar masyarakat menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang mana ia dilihat mampu merancakkan aktiviti pengawasan jenayah.

"Aplikasi ini berperanan sebagai 'mata dan telinga' daripada masyarakat kepada polis," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu pertimbangkan untuk memperkenalkan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu cuai yang menyebabkan kematian penumpang atau pengguna jalan raya yang lain.
  • HULU SELANGOR - Sebuah bas ekspres membawa 24 penumpang dan dua pemandu terbabas di Kilometer 434.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), kira-kira jam 5 pagi tadi.
  • AYER TAWAR - Seorang pemandu dan penumpang sebuah van jenis Nissan tersepit apabila van yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di Jalan Ayer Tawar-Lumut berhampiran Taman Sentosa di sini hari ini.
  • JELI - Seorang maut manakala dua cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung di Batu 13, Lebuh Raya Timur Barat Jeli- Grik di sini, hari ini.
  • BAGAN SERAI - Perjalanan seorang lelaki ke tempat kerja berakhir tragedi apabila dia maut selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 181, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Plaza Tol Alor Pongsu, di sini pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.