KUANTAN - Seramai 310 anggota terdiri lapan platun dan 73 pelatih Maritim Malaysia tamat latihan asas Leftenan Muda Maritim siri 9/207 dan Bintara Muda siri 1/207 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini, hari ini.

Turut berlangsung perbarisan ulang tahun Maritim Malaysia ke-13 yang menyaksikan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.

Sambutan ulang tahun ini dengan tema "Warga Cemerlang Maritim Gemilang" turut dihadiri ibu bapa dan ahli keluarga pelatih yang menunggu sejak awal pagi.

Acara dimulakan dengan pemeriksaan barisan pelatih dan anggota oleh Shahidan bersama Zulkifli diikuti perbarisan dan ucapan perasmian oleh Shahidan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menyerahkan kembali tiga buah bot nelayan Indonesia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara pada 16 Oktober lepas.
  • ALOR GAJAH - [VIDEO] Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Kuala Linggi berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok termasuk cukai bernilai RM 1.86 juta di sini, malam tadi.
  • KUCHING - Maritim Malaysia membantu tujuh kru sebuah kapal tangki yang kehabisan makanan dan minum dengan menghantar sejumlah bekalan kepada MT Southern Water 1 setelah ia mengalami kerosakan jentera utama dan berapung di kedudukan kira-kira 47 batu nautika dari Kuala Rejang, Tanjung Manis, Sarawak.
  • KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) akan menjadikan elemen Berat Badan Ideal (BMI) sebagai syarat kenaikan pangkat anggotanya.