KUALA LUMPUR - Sebanyak 302 saman dikeluarkan manakala 20 motosikal disita polis dalam Op Tutup di Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, selain motosikal, operasi yang diadakan selama lebih dua jam bermula pada 10 malam itu turut menyita sebuah kereta.

“Antara kesalahan mereka ialah tidak mempunyai lesen dan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Usaha penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan mat rempit dan kesalahan-kesalahan lalu lintas yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nadzri berkata, lebih 450 motosikal diperiksa dalam operasi yang disertai seramai lebih 70 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang operator mesin cetak ditahan selepas dipercayai memiliki 6 gram (g) syabu dan 3g pil kuda dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Abdul Kadir Adabi, di sini.
  • PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gagal meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan mahkamah tinggi yang memerintahkannya membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 10 tahun lalu.
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).
  • ISKANDAR PUTERI - Pasukan Tindak Khas Op Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal sekitar Gelang Patah, Skudai dan Tanjung Kupang susulan penahanan 12 lelaki dari Geng Wan Joi dan Geng Pulai Emas yang dipercayai terlibat dalam 36 kes.
  • AMPANG - Beroperasi dengan menjalankan kegiatan perjudian atas talian di kawasan apartment untuk mengelak daripada mudah dihidu pihak berkuasa.