PORT DICKSON - Polis mengeluarkan 224 saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi bersepadu yang dijalankan serentak di Lukut, Teluk Kemang, Pasir Panjang dan Port Dickson, malam tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Md Dali Wahid berkata, seramai 516 individu dan 376 motosikal diperiksa dalam operasi yang bermula 9 malam tadi dan berakhir 9 pagi ini.

"Antara kesalahan yang dikenakan saman ialah tiada lesen memandu (51 saman), nombor plat tidak mengikut spesifikasi (59 saman), cukai jalan tamat tempoh (10 saman) dan 104 saman atas pelbagai kesalahan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi itu disertai seramai sembilan pegawai dan 72 anggota polis, 15 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), enam pegawai dan anggota Jabatan Alam Sekitar dan 10 anggota Majlis Perbandaran Port Dickson.

"Operasi ini diadakan bertujuan untuk pencegahan jenayah dan mengesan dan membenteras aktiviti-aktiviti samseng jalanan di sekitar daerah ini," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman difailkan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin.
  • KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355.
  • IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tindakan saman yang difailkan pemegang saham minoriti syarikat pelaburan emas Bestino Group Berhad terhadap dua pengarah dan dua pemegang saham majoriti syarikat itu.
  • KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya penahanan remannya mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinilai semula.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi membatalkan saman difailkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia berhubung dakwaan terlibat dalam salah laku pentadbiran awam serta kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.