SHAH ALAM - Seramai 11 wanita berjaya diselamatkan dalam satu serbuan yang dibuat  oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), baru- baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman akaun Facebooknya, semalam.

“Syabas Unit ATIP JSJ @PDRMsia Bukit Aman selamatkan 11 wanita Vietnam mangsa exploitasi seks di Sri Petaling,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan di Facebooknya.

Dalam masa yang sama, pihaknya turut menahan seorang suspek dipercayai penjaga kepada wanita-wanita berkenaan.

Dalam perkembangan lain,  Khalid turut mengesahkan seramai 442 tukang urut dan GRO disahkan ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) di seluruh negara sepanjang minggu lepas.

“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 241 orang GRO dan tukang urut,” katanya lagi,

 


 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Hanya pelanggan tetap sahaja dibenar mendapatkan langganan seks.
  • ALOR GAJAH - Seorang pekerja kilang dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di sini, tadi selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan seks luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan.
  • PUTRAJAYA - Bekas Ketua Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dikenakan hukuman penjara 40 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol dan meliwat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun lima tahun lepas, dalam apa yang disifatkan sebagai "jenayah kerana menurut hawa nafsu".
  • KUALA LUMPUR - Kewujudan sebuah laman web yang mengiklankan perkhidmatan dan jualan barangan, dikesan turut menyelitkan iklan khidmat seks kepada komuniti di negara ini, perlu segera disekat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.