SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Selangor menahan seramai 102 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Ikrar yang dijalankan di sebuah rumah kongsi Setia Taipan/Alam Nusantara di sini kelmarin.

Pengarahnya Omran Omar berkata dalam operasi mulai 12.30 tengah malam hingga 4 pagi Isnin itu, pemeriksaan dilakukan ke atas 302 warga asing sebelum 102 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.  

"Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar membabitkan 31 perempuan dan 71 lelaki berusia setahun hingga 52 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Omran berkata majoritinya bekerja di kawasan pembinaan sekitar.

Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta tamat tempoh pas.

Beliau berkata kesemua warga asing itu dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jabatan Imigresen Selangor di sini untuk siasatan lanjut. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Lima kanak-kanak warga Indonesia adalah antara 110 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berjaya diberkas Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan di dua buah rumah kongsi di sebuah tapak pembinaan di Bukit Mahkota, Kajang awal pagi semalam.
  • KOTA BHARU - Perjalanan sebuah bas eskpres dari Butterwoth, Pulau Pinang ke Kelantan yang membawa pendatang tanpa izin (Pati) warga Manyamar berjaya dikesan pihak Jabatan Imigresen Kelantan di sini pagi tadi.
  • BUKIT KAYU HITAM - Seorang wanita warganegara Myanmar yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditahan dalam Op Wawasan Kedah/Perlis baru-baru ini kerana dipercayai menjadi tekong penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).
  • JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2) mematahkan cubaan 16 migran yang dipercayai ingin pulang ke negara jiran melalui laluan haram dalam satu operasi yang dilakukan berhampiran pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar Kota Tinggi, malam tadi.
  • KOTA BHARU - Kegiatan cilik sindiket penyeludupan menggunakan bas ekspres sebagai kenderaan untuk menyeludup Pendatang Tanpa Izin (Pati) dari sempadan Thailand ke Kampung Manal, di Tanah Merah akhirnya tumpas selepas berjaya di kesan Jabatan Imigresen Kelantan di sini semalam.