Interaktif - SMS
SEKARANG ini pelbagai isu mewarnai landskap politik negeri khasnya terbaru mengenai kes surau yang heboh satu negara. Namun saya geli hati apabila membaca pelbagai luahan atau kritikan pihak berkenaan mengenai isu (bukan isu pun) yang tidak mempunyai kekuatan hujah kukuh. Mungkin semua pihak perlu mempelajari atau memahami bahawa Islam itu menyeluruh. - GENG’9538
PADA pandangan saya Malaysia yang kaya dengan hasil bumi dan khazanah lain sebagai rezeki yang diberi oleh ALLAH SWT, kerajaan tidak akan muflis kerana memberi subsidi pada rakyatnya, oleh kerana ada nya tangan pendatang asing yang melarikan duit dan aktiviti jutawan haram yang tidak di undang mengaut segala2 duit subsidi itu. - UNCLE MISRAN, KOTA PUTERI
PENDAPAT saya. seharusnya kerajaan mewajibkan bagi semua calon wakil rakyat untuk lulus dlm ujian penggunaan bahasa yang betul. Ini kerana kita perlu malu dengan negara lain bila ada wakil rakyat kita di dalam parlimen tidak dapat menggunakan bahasa ibunda sendiri dengan betul. - ANAK NUSANTARA
Interaktif - Maklumbalas
NAK tanya UMMI, siapakah di antara pemimpin negara peribadi mereka hampir kepada Rasulullah atau saya ambil satu contoh iaitu jika makan baginda tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, tolong bagi satu nama. Kalau tidak ada jangan samakan zaman Rasulullah dengan sekarang. Bukan kerana intelektual yang pudar tetapi anda harus faham sendiri. - GAGAK HIJAU
TERSENTUH ucapan panjang lebar Tetamu Jalanan yang menyentuh perpaduan Melayu, hal itu memang saya setuju. Sesama Islam harus bersatu, apa lagi disokong bukti ayat al-Quran, jadi maksudnya walau apa masalah sekali pun harus kembali kepada panduan Islam. - GENG'9143
INILAH kalau terlebih berpolitik, perkara kecik diperbesarkan, walhal segala perkara boleh diselesaikan dengan cara baik dan matang, ini sikit-sikit protes, berfikir dan bertindak biarlah cara yang baik. Ingat Islam tidak menggalakkan umatnya berpecah belah. - SATU MALAYSIA.
ISLAM itu mudah dan untuk semua. Apabila dinamakan agama sejagat maka kita berbaik sangka. Rasulullah SAW ada menyebut datangilah musuh Islam secara berhemah. Masjid ialah rumah Allah SWT. Semua umat manusia adalah kepunyaan Allah SWT. Jadi, apabila orang bukan Muslim datang ke rumah Allah SWT amat kita hargai dan mengharapkan mereka mendapat hidayah Allah SWT dan bukannya kita mencerca mereka. Jangan jadi Muslim yang menjauhkan umat manusia kepada Islam. Ingat hukuman mahkamah dunia dapat kita kotak-katikkan tapi di Padang Mahsyar nanti keadilan daripada Allah SWT tetap terlaksana jua. Wallahualam. - TAKUT HUKUM ALLAH
SAMBUTAN ulang tahun kemerdekaan negara ke-53, nampaknya kurang berseri khasnya di negira ini. Contoh, sebagai penduduk Bukit Jelutong, Shah Alam, saya dapati kurangnya semangat kemerdekaan dalam apabila tiada sehelai pun Jalur Gemilang di sepanjang jalan utama di sini. - GENG'2862





