Pengunjung : 11687 Isnin 15-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
Penduduk mohon lampu isyarat

SEGAMBUT – Penduduk di Taman Sri Segambut, Taman Quepacs dan Taman Kepong Baru, di sini berharap agar lampu isyarat dapat dipasang di persimpangan berhadapan Masjid Al-Qurtubi.

Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan rasa kesal kerana semenjak jalan itu siap beberapa bulan yang lalu, tiada tanda lampu isyarat akan dipasang di kawasan itu.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, kea- daan laluan di persimpa- ngan agak sibuk berikutan ia menjadi laluan utama dari Jalan Kepong menuju ke Taman Sri Segambut dan Kepong Baru.

Seorang penduduk, Mohd Ali Said, 45, berkata, persimpangan itu amat berbahaya jika sekiranya kemudahan lampu isyarat tidak dipasang.

“Simpang ini terlalu sibuk terutama pada waktu pagi dan ketika murid pulang ke sekolah kerana menjadi laluan pintas dan dapat memendekkan waktu perjalanan,” katanya.

Selain itu, kariah masjid juga menggunakan laluan itu untuk bersembahyang dan sebagainya, namun agak menggerunkan apa- bila kenderaan yang melaluinya agak laju.

Sementara itu, Sin Chin Siong, 53, dari Kepong Baru berkata, sebelum ini terdapat beberapa kemala- ngan kecil berlaku di persimpangan itu.

“Seingat saya, ada warga emas yang secara tidak sengaja dilanggar kereta ketika keluar dari simpang Sekolah Rendah Tamil Sri Segambut berikutan simpang di Jalan Udang Ketak itu terlindung,” katanya.

A Chandran, 40, berkata, selain sibuk, simpang itu juga tidak mempunyai ciri keselamatan berikutan keadaan yang gelap pada waktu malam.

“Simpang ini terlalu luas, jika tiada papan tanda amaran ataupun pemantul cahaya, pengguna yang tidak biasa dengan jalan ini akan terkeliru,” katanya.

Selain itu, pihak berwajib juga perlu meletakkan papan tanda had laju di jalan itu kerana kenderaan dilihat agak laju ketika melalui jalan ini,” katanya.