Ops Sikap 21 kurangkan kemalangan
![]() Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, sehubungan itu, tindakan tegas diambil pihaknya dengan mengadakan Ops Sikap 21 sempena Tahun Baru Cina 2010 yang mula beroperasi 7 hingga 21 Februari ini. “Empat lokasi telah dikenal pasti iaitu Sungai Terap, Kam-pung Api-Api, Jeram (hadapan Sekolah Menengah Agama) dan Kota Puteri, Ijok yang berisiko mengundang kemalangan. “Di setiap lokasi ini, kita telah menempatkan anggota polis untuk membuat pemantauan dengan berkonsepkan ‘Stop dan Talk’ iaitu memberikan nasihat dan teguran kepada pengguna jalan raya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu turun padang melihat lokasi yang ditetapkan bagi operasi Ops Sikap 21 sem-pena Tahun Baru Cina, di sini. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan, Zulkifli Jonit. Selain itu, Mohd Taib berkata, anggota polis akan membuat pemeriksaan terhadap kesemua pemandu dan kenderaan bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang jalan raya, memiliki lesen memandu serta cukai jalan yang sah. Beliau berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dalam mengeluarkan saman dan mengenakan kompaun yang telah ditetapkan bagi mendidik pengguna mengutamakan keselama-tan jalan raya. “Terdapat enam kesalahan yang tidak boleh dikurangkan iaitu melebihi had laju, kemalan-gan jalan raya, tidak mematuhi lampu isyarat merah, melalui lorong kecemasan, memotong garisan berkembar dan memo-tong barisan. “Kita juga, membuat rondaan dari masa ke masa secara serentak ke jalan-jalan yang dikenal pasti sering berlakunya kemalangan bagi memastikan pengguna di laluan berkenaan tidak menjadikan jalan raya sebagai medan untuk berlumba sehingga boleh menyebabkan kemalangan ber-laku,” katanya. Mohd Taib berkata, kes kemalangan semasa Ops Sikap Tahun Baru Cina dari 2008 ke 2009 meningkat bagi jumlah aduan kemalangan 174 kepada 209 kes dan kes kemalangan 102 kepada 195 kes. “Bagi kemalangan maut, dua kes kepada tujuh kes, kemalangan parah, satu kes (tiada peningka-tan), kemalangan ringan dua kes kepada empat kes dan kenderaan rosak 97 kes kepada 107 kes. “Manakala, bagi jenis kecede-raan pula, menyebabkan kematian dua kes kepada sembilan kes, parah satu kes kepada dua kes, cedera ringan dua kes kepada tujuh kes dan jumlah keseluruhan lima kes meningkat kepada 18 kes,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM





