Petani perlu patuhi jadual pengurusan
![]() :Pegawai Pertanian Daerah, Anuar Bujang berkata, buat masa ini serangan penyakit pokok padi disebabkan ulat batang adalah yang tertinggi dilaporkan dan jumlah itu meningkat berbanding musim lalu. Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti terlibat adalah, Sungai Haji Dorani iaitu di Parit 2 dan Parit 3 , Parit 1 Timur, Parit 4 Timur serta Parit 10. “Punca utama yang dapat kita kenal pasti adalah disebabkan aktiviti pembakaran tunggul padi yang tidak sempurna, petani lakukan tebasan dan pembakaran tetapi ia dilakukan tanpa mengikut teknik dan kaedah yang betul seperti yang disarankan jabatan,” katanya. Beliau berkata demi- kian ketika ditemui pada Program Sambutan Hari Ladang dan Menuai Padi Projek Khas Padi Jabatan Pertanian di Parit 6 Timur di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Pertanian Selangor, Ahmad Zakaria Mohamad Sidek, Pegawai Komponen Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut, Eliyas Saad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Datuk Warno Dogol. Anuar berkata, faktor hujan yang kerap di kawasan berkenaan sejak beberapa bulan lalu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aktiviti pemba-karan itu. Bagaimanapun, katanya, melalui jadual pengurusan pertanian yang sepatutnya diamalkan setiap petani dapat membantu sistem penanaman padi termasuk kawalan daripada serangan penyakit dapat diatasi. “Serangan penyakit lain seperti bintik perang dan hawar seludang turut berlaku di beberapa kawasan antaranya Parit 10 Gambut dan Parit 4 Timur, bagaimanapun ia masih berada di tahap kawalan, sementara serangan siput gondang masih di peringkat awal dan kita mengambil sikap berjaga-jaga agar serangan tidak berlaku di kawasan ini,” katanya. Sementara itu, Ahmad Zakaria berkata, bagi mengatasi masalah kawalan penyakit padi, pihaknya sentiasa memantau tahap keseriusan serangan itu kerana ia boleh menjejaskan hasil pengeluaran padi khususnya di kawasan IADA. Menurutnya, jabatan akan menyusun beberapa aktiviti pengawalan bersepadu antaranya gotong-royong membabitkan semua kawasan pertanian di IADA. |
Lain-lain Artikel:-
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara





