Wanita UMNO tiru idea Pakatan Rakyat
![]() Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei berkata, penubuhannya itu menandakan pihak terbabit tidak mempunyai idea baru serta tidak mempunyai matlamat jelas. “Idea penubuhannya itu sama seperti Pusat Khidmat Sehenti atau One Stop Crisis Centre (OSCC) yang kita perkenalkan di bawah portfolio kebajikan wanita sebelum ini. “Ini seolah-olah mereka tidak mempunyai idea baru dan terpaksa mengikut apa yang dibuat oleh PR semata-mata untuk memenangi semula hati rakyat terutamanya di Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Pei Nei turut mempersoalkan penubuhan skuad itu kerana ia ditubuhkan di bawah parti UMNO. “Kita bimbang penubuhan yang kononnya menjaga kebajikan rakyat itu disalahgunakan demi kepentingan politik mereka. Kenapa mereka tidak serahkan tugas itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika betul-betul mereka ingin menjaga kebajikan rakyat? “Kita bimbang akan wujud salah guna wang rakyat dalam perkara ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu Skuad Sayang yang dianggotai oleh Wanita UMNO di peringkat bahagian atau Parlimen mewujudkan satu unit khas bagi menangani peningkatan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak sejak kebelakangan ini. Shahrizat berkata, Skuad Sayang peringkat Parlimen ini akan diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian dan beroperasi di pejabat UMNO bahagian. |
Lain-lain Artikel:-
Sepakat hadir sidang
Yen Yen nafi terlibat rasuah RM2 juta
Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
Rais hargai pendirian Ku Li
Barisan tidak
lobi lompat parti
Pemilihan 28 Mac selesai masalah dalaman MCA
Tujuh ahli perniagaan tidak hormat Institusi Diraja akan dilucut gelaran Datuk
Suspek bunuh kekasih reman seminggu
Waspada golongan peralat pakaian agama: Jamil Khir
Taman, kebun bunga jadi produk pelancongan baru
Kerajaan perlu masa kumpul input
Adu SPRM jika ada bukti
Eksport negara meningkat 37 peratus pada Januari: Mukhriz
Modul Matrix pulih penagih dadah sintetik





