| Kompaun RM7,500 jika naik harga sesuka hati
SHAH ALAM – Peniaga yang ingkar dengan menaikkan harga barangan kawalan sehingga melepasi harga siling akan berdepan tindakan undang-undang dan akan dikompaun sehingga RM7,500 mengikut Akta Kawalan Harga, 1946. Denda atau kompaun ini akan dikenakan kepada peniaga yang mengambil kesempatan semasa persiapan dan sambutan Tahun Baru Cina dengan menjadikan alasan kekurangan bekalan menyebabkan terpaksa menaikkan harga jualan mengikut permintaan. Pengarah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Zainun Saleh berkata, buat masa ini pemantauan telah dilakukan dan KPDNKK masih lagi belum menerima aduan daripada pengguna mengenai harga jualan dan juga bekalan yang tidak mencukupi di seluruh Selangor. Menurutnya, pihaknya sudah mula mengedarkan risalah untuk mengingatkan pengguna dan juga peniaga supaya tidak ingkar dengan arahan yang dikeluarkan dan juga membuat aduan jika berlaku kejadian tersebut. “Pada Tahun Baru Cina kali ini 11 barang telah menjadi kawalan KPDNKK iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, C, kubis bulat import dari Indonesia, kobis bulat import dari China, ikan bawal putih, udang putih besar, daging babi perut, daging babi lemak dan daging lembu. “Penguatkuasaan kawalan harga barangan berkenaan akan bermula pada 10 Februari ini semasa Pelancaran Skim Kawalan Harga Tahun Baru Cina 2010 yang akan diadakan serentak seluruh negara dan berakhir pada 21 Februari,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Sementara itu, Zinun berkata, KPDNKK juga mengambil bahagian dan mempunyai peranan dalam usaha kerajaan untuk menjayakan Kempen Kurang Pengambilan Gula. Katanya, antara perkara dan pendekatan yang dilakukan oleh KPDNKK merangkumi pengedaran poster dan juga mengadakan ceramah berkaitan kesan yang dialami oleh seseorang yang mengambil gula yang banyak dan tidak dikawal serta mengamalkan cara hidup sihat. “Selain itu, pendekatan juga dilakukan di institusi pengajian tinggi di negara ini dengan mengadakan program bersama dengan kelab dan persatuan di intitusi berkenaan serta perkara yang sama juga dilakukan di sekolah. “Kami juga mengadakan kempen di kawasan tumpuan ramai dan dilakukan secara bergerak terutamanya di kawasan pusat membeli-belah yang dibuat dari satu daerah ke satu daerah lain,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
1 maut, 2 kritikal
Siapa cabar siapa?
Anwar digesa henti guna politik murahan
Nik Aziz imamkan solat Istisqa
Mangsa tidak syak pujukan berniat jahat
Kedudukan wakil rakyat Bebas ditetapkan
Turun padang pantau projek
Saksi tidak pasti kejadian khalwat Norman, Memey
Sebutan kes pelakon Darling 16 April
Pelakon lelaki ditahan reman
Ammar tampil mohon maaf kes ugut bunuh wartawan hiburan
Negara tempuhi transformasi ekonomi kali ketiga: Husni
Mayat dalam bonet kereta
Kaji semula benar gadis bawah 16 kahwin
Tiong Lai tunggu reaksi ahli sebelum umum tanding
Pencen tidak dituntut
1 maut, 2 kritikal
Siapa cabar siapa?
Anwar digesa henti guna politik murahan
Nik Aziz imamkan solat Istisqa
Mangsa tidak syak pujukan berniat jahat
Kedudukan wakil rakyat Bebas ditetapkan
Turun padang pantau projek
Saksi tidak pasti kejadian khalwat Norman, Memey
Sebutan kes pelakon Darling 16 April
Pelakon lelaki ditahan reman
Ammar tampil mohon maaf kes ugut bunuh wartawan hiburan
Negara tempuhi transformasi ekonomi kali ketiga: Husni
Mayat dalam bonet kereta
Kaji semula benar gadis bawah 16 kahwin
Tiong Lai tunggu reaksi ahli sebelum umum tanding
Pencen tidak dituntut




