Jumlah premis judi disita meningkat
![]() Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, jumlah rampasan komputer mempunyai perisian perjudian juga meningkat setiap tahun bagi mengelakkan pengusaha membuka kembali premis masing-masing. Katanya, bagi tahun 2007, 145 premis disita dengan jumlah rampasan sebanyak 1,448 set komputer. “Bagi tahun berikutnya, 308 premis disita dengan jumlah rampasan meningkat lebih100 peratus iaitu sebanyak 3,920 set komputer. “Tahun lalu, 417 premis diarah tutup manakala sebanyak 5,945 set komputer yang lengkap perisian perjudian berjaya dirampas,” katanya. Beliau berkata, dalam tempoh sebulan lalu, 43 premis lagi disita kerana menjalankan aktiviti sama tanpa mempunyai lesen sah daripada majlis. “Bermula awal tahun lalu, kita juga sudah merampas 515 set komputer daripada beberapa kawasan ‘hotspot’ pusat perjudian bertopengkan kafe siber. “Operasi dan serbuan akan diteruskan termasuk pada hari minggu dan waktu malam untuk menangani aktiviti haram yang menyebabkan masalah sosial ini,” katanya. Terdahulu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikshan memaklumkan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan memotong bekalan air dan elektrik terhadap premis yang masih meneruskan aktiviti selepas disita. Katanya, dengan ban- tuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa syarikat utiliti, perkara berke- naan sudah dilaksanakan di premis yang masih berdegil di kawasan Subang Jaya. |
Lain-lain Artikel:-
1 maut, 2 kritikal
Siapa cabar siapa?
Anwar digesa henti guna politik murahan
Nik Aziz imamkan solat Istisqa
Mangsa tidak syak pujukan berniat jahat
Kedudukan wakil rakyat Bebas ditetapkan
Turun padang pantau projek
Saksi tidak pasti kejadian khalwat Norman, Memey
Sebutan kes pelakon Darling 16 April
Pelakon lelaki ditahan reman
Ammar tampil mohon maaf kes ugut bunuh wartawan hiburan
Negara tempuhi transformasi ekonomi kali ketiga: Husni
Mayat dalam bonet kereta
Kaji semula benar gadis bawah 16 kahwin
Tiong Lai tunggu reaksi ahli sebelum umum tanding
Pencen tidak dituntut
1 maut, 2 kritikal
Siapa cabar siapa?
Anwar digesa henti guna politik murahan
Nik Aziz imamkan solat Istisqa
Mangsa tidak syak pujukan berniat jahat
Kedudukan wakil rakyat Bebas ditetapkan
Turun padang pantau projek
Saksi tidak pasti kejadian khalwat Norman, Memey
Sebutan kes pelakon Darling 16 April
Pelakon lelaki ditahan reman
Ammar tampil mohon maaf kes ugut bunuh wartawan hiburan
Negara tempuhi transformasi ekonomi kali ketiga: Husni
Mayat dalam bonet kereta
Kaji semula benar gadis bawah 16 kahwin
Tiong Lai tunggu reaksi ahli sebelum umum tanding
Pencen tidak dituntut





