Rintihan ibu tunggal perlu perhatian
![]() Ibu tunggal terbabit, Zaliza Zakaria, 33, kini dihimpit kesusahan berikutan ketiadaan sumber pendapatan tambahan bagi menyara empat anaknya yang bersekolah. Menurutnya, dia baru sahaja mendapat kerja sebagai operator di sebuah kilang di sini, namun gaji RM450 sebulan tidak dapat menampung keperluannya sekeluarga. “Saya terpaksa menumpang di rumah ayah dan ibu kerana kehidupan bersama suami sebelum ini tiada jaminan termasuk ketiadaan rumah sendiri. “Malah, bekas suami tidak meninggalkan sebarang belanja untuk saya dan anak-anak dan sehingga kini dia tidak pernah memberi sebarang nafkah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Taman Semarak di sini. Menurutnya, kehidupan keluarganya sebelum ini cukup derita ditambah dengan sikap bekas suami yang panas baran sehingga sanggup melafazkan talak kali ketiga. Sejarah hidupnya juga cukup menyedihkan kerana pernah menetap di rumah usang tanpa kemudahan asas serta tiada jaminan keselamatan. Menurutnya, anak-anaknya juga pernah dilarikan suami sehingga ke sempadan Siam dengan tujuan memisahkan dia dengan anak-anak. Bagaimanapun katanya, pihak polis berjaya mengesan keempat-empat anaknya yang ditemui dalam keadaan kebuluran. Zaliza tetap bersyukur, walaupun sebelum ini perkahwinannya tidak direstui keluarga, namun ibu, Jariah Talib, 56, dan ayahnya, Kamaludin Mat @ Ahmad, 62, masih sanggup menerimanya dan menetap bersama. “Kebanyakan tanggungan perbelanjaan rumah dan anak-anak saya diperoleh daripada wang pencen ayah sebanyak RM230. “Malah, ayah sanggup menggunakan duit hasil jualan kecil-kecilan di rumah ini untuk membantu saya dan anak-anak,” katanya. Zaliza berkata, bantuan daripada pihak lain masih belum diterima namun, atas sokongan wakil rakyat, dia mendapat sedikit bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dia juga berharap agar ada pihak yang sanggup mengambilnya bekerja dengan gaji lebih tinggi kerana dia mengakui mempunyai sedikit pengalaman berniaga yang mungkin diperlukan. Menurutnya, apa yang amat diperlukan kini adalah rumah sendiri memandangkan keadaan rumah ibu dan ayahnya agak sempit. Sementara itu, abang saudara Zaliza yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 38, berkata, dia cukup mengenali Zaliza yang kini dianggap sebagai adiknya sendiri. Menurutnya, Zaliza cukup menderita dengan kehidupan bersama bekas suaminya selama ini. “Saya tahu penderitaan dia kerana suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya kepadanya. “Saya juga mahu, keluarga di luar sana supaya mengambil pengajaran dia atas apa yang menimpa adik saya,” katanya. Zaliza boleh dihubungi di talian 012-975 1450 atau kepada pihak yang prihatin boleh menyumbang di terus kepadanya melalui akaun Giro Bank Simpanan Nasional 06700-29-00011566-3. |
Lain-lain Artikel:-
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya





