Taktik kotor untuk tumbang PR
![]() Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Barisan Nasional (BN) menggunakan segala kemampuan yang ada memastikan PR kecundang hasil pertikaian sesama komponen dan pemimpin antaranya di Pulau Pinang dan Selangor. Menurutnya, keadaan politik semasa menyebabkan negara kini tidak lagi menjadi perhatian pelabur asing berikutan pelbagai isu yang timbul antaranya penggunaan nama Allah, kepala lembu dan terkini pembakaran gereja sekitar ibu negara. “Apa yang berlaku hasil daripada agenda BN untuk merampas Selangor dan Pulau Pinang secara kotor dan membelakangi hak demokrasi seperti yang dilaungkan sebelum ini. “Malah, gerakan terancang BN ini dapat dilihat sejak mereka (BN) kalah dalam pilihan raya umum lalu yang memperlihatkan keputusan menyebelahi kita (PR) dengan majoriti yang agak baik di negeri tertentu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Amal Tahun Baru Cina 2010 PR di sini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Teng Chang Kim, ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan masyarakat setempat. Sementara itu, Pengerusi Program, Tee Bon Hock berkata, seramai 300 orang terdiri daripada fakir miskin, orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal menerima sumbangan kali ini. Menurutnya, selain daripada sumbangan, penerima juga diberi limau sebagai simbolik Tahun Baru Cina kali ini. “Program yang kita adakan ini merupakan acara tahunan dan bukti keprihatinan PR khususnya dalam membantu golongan memerlukan perhatian sempena perayaan kali ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





