Penduduk sepakat baiki masjid
![]() Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mohammad Jinal Ariffin berkata, pihaknya mengambil tindakan segera mengadakan gotong-royong membaik pulih berikutan terdapat beberapa kerosakan pada masjid itu. Menurutnya, sewaktu berlakunya kejadian itu, Khamis lalu, kira-kira jam 5.30 petang, angin bertiup dengan kuat dan beberapa rumah termasuk masjid tersebut mengalami kerosakan. “Bagaimanapun, atas kewujudan sifat keprihatinan semua pihak, bersama-sama membantu dengan membaik pulih masjid ini kerana ia adalah keutamaan tempat beribadat bagi orang Islam. “Secara tidak langsung, dengan adanya kerjasama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukhuwah di antara pemimpin dan juga penduduk setempat di kampung ini,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, kejadian bencana alam di kampung ini, adalah sebagai satu dugaan dariNya dan masing-masing perlu tabah dan sabar dalam setiap apa jua yang berlaku kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. “Perkara paling penting sekali adalah masyarakat perpaduan dan harmoni itu dikekalkan dalam menghadapi susah dan senang. “Dengan aktiviti ini, penduduk meluangkan masa bekerjasama membaiki segala kerosakan dan membersihkan di kawasan masjid ini,” katanya. Mohammad Jinal berkata, setiap dua bulan sekali, penduduk di sini mengadakan program kemasyarakatan seperti gotong-royong tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Nazir Masjid Ar-Ridzuan, Razali Shamsudin pula berkata, aktiviti ini turut dijalankan dengan menggantikan kubah baru pada masjid itu yang sememangnya wajar di gantikan bagi kelihatan lebih cantik. “Masjid ini usianya sudah begitu lama lebih 15tahun dan ramai penduduk menggunakannya terutama apabila adanya majlis-majlis berbentuk keagamaan. “Lebih-lebih lagi apabila atapnya yang sudah rosak akibat ditiup angin ini dan terdapat lagi beberapa kerosakan yang perlu ditukar ganti,” katanya. Menurutnya, melihat kemuafakatan ini, golongan muda yang juga turut terlibat dalam aktiviti ini, masing-masing begitu bersungguh-sunguh membantu dengan mengecat dan membersihkan masjid. “Setiap yang berlaku itu adalah cabaran untuk kita lebih sedia berhadapan dengan segala masalah dan terbukti bahawa aktiviti ini dapat mengenali penduduk di kampung ini dengan lebih erat,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM





