Masjid Nurul Ehsan laksanakan KPI
![]() Nazirnya, Ghazali Shaari berkata, pelaksanaan KPI itu antara lain bertujuan memantau pegawai dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan efisien. Katanya, melalui pengenalan KPI, pegawai dan AJK masjid dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada kariah dan penduduk yang ingin berurusan dengan pihak masjid. “Ini adalah kali pertama kita laksanakan KPI sejak mengambil alih pentadbiran masjid ini enam bulan lalu dan bertujuan meningkatkan kecekapan pentadbiran masjid. “Melalui KPI ini, kita dapat menilai prestasi kerja pegawai dan AJK masjid yang dilantik,” katanya kepada Sinar Harian pada program ‘Malam Lambaian Nur Ilahi’, di sini semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohd Talha dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kawasan PJS1 dan PJS2, Prof Madya Dr Melasutra Md Dali. Dalam pada itu, Ghazali memaklumkan pada Sinar Harian, Masjid Nurul Ehsan telah melancarkan blog pertamanya dan Kelab Sahabat Masjid. Katanya, Kelab Sahabat Masjid dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak berumur antara tujuh dan 11 tahun, kategori remaja iaitu 12 hingga 19 tahun dan kategori belia yang berumur 20 hingga 45 tahun. “Borang keahlian boleh didapati di masjid dan lapan surau naungan masjid Nurul Ehsan sekitar Taman Medan. “Untuk keterangan lanjut, boleh melayari blog Masjid Nurul Ehsan di http://masjid-nurul-ehsan.blogspot.com atau emelkan sebarang pertanyaan ke nurulehsan1986@gmail.com,” katanya. Terdahulu, dalam program sempena sambutan tahun baru itu, seramai 97 anak yatim menerima sumbangan Tabung Anak Yatim Nurul Ehsan berjumlah keseluruhan RM14,550. Ghazali yang juga Ahli Majlis, MBPJ berkata, setiap anak yatim yang dikenal pasti menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM150. Katanya, sumbangan wang tunai itu adalah untuk meringankan beban anak yatim yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi. “Kita harap wang yang diberikan ini dapat digunakan membeli peralatan dan kelengkapan sekolah dan janganlah gunakannya untuk perkara yang tidak manfaat,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka





