Dua saudara jumpa ikan berkepala buaya
![]() Mohd Shaiful Azhar Amin, 16 dan Mohd Razali, 25 menemukan ikan itu di Sungai Klang berhampiran Jalan Enggang yang berhadapan dengan Kilang Texas dekat sini pada pukul 6 petang, kelmarin. Penemuan ikan itu menimbulkan pelbagai persoalan dari mana datangnya spesis ikan yang pelik ini. Menurut Shaiful, dia dan Razali baru sahaja habis bermain bola dan memancing sememangnya menjadi hobi mereka berdua. “Pada petang itu, saya dan Razali tidak berhajat untuk memancing tetapi sudah menjadi rutin harian ke sungai itu untuk memancing atau melihat orang memancing. Ketika saya duduk di tepi tebing sungai saya melihat seolah-olah ada biawak yang menggelupur di celah daun di tebing sungai itu,” katanya. Katanya, Razali yang turun melihat memberitahu, bahawa itu adalah ikan, dan dia turun ke tebing untuk membantu Razali menangkap ikan itu. “Saiznya juga besar, kepalanya seakan-akan kepala buaya tetapi badannya seperti ikan dan ia juga mempunyai dua pasang sirip,” katanya yang berasal dari Ipoh. Kedua-dua saudara ini masih tiada sebarang cadangan apakah yang akan dibuat dengan ikan ini, tetapi mula menyayanginya kerana ini merupakan satu pengalaman yang menarik buat mereka. Sementara itu, Ibu Shaiful, Zaleha Dollah berkata, anaknya memang gemar memancing sehinggakan ada jiran yang membeli ikan yang dipancingnya. “Pada petang itu, saya sangat bimbang kerana sehingga Maghrib mereka tidak pulang lagi, dan sama sekali tidak menyangka yang mereka menemukan ikan yang pelik, “Selalunya dia akan membawa pulang ikan Talapia dan jika ada permintaan, Shaiful akan menjualnya dengan harga RM5 satu kilogram,” jelasnya. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun





