Dua wakil rakyat gesa saksi tampil
![]() SERI KEMBANGAN – Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah menggesa saksi bagi kes remaja yang mendakwa dicabul lelaki tua tampil bagi membantu siasatan polis. Nie Ching ketika ditemui berkata, bagi menjadikan kes berkenaan lebih kuat, saksi yang melihat kejadian itu perlu tampil bagi membolehkan hukuman setimpal dijatuhkan kepada suspek. Menurutnya, beliau difa hamkan lelaki berusia 63 tahun berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin pada hari sama dia ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis. “Sekarang, kes hanya bergantung kepada apa yang didakwa remaja itu tetapi tiada saksi yang sudi tampil bagi membantu menguatkan kes berkenaan. “Seperti kita, tahu keba nyakan kes bersabit rogol, cabul dan sebagainya, mangsa akan mandi sehingga menyebabkan bukti fizikal hilang ketika pemeriksaan hospital dan siasatan polis dijalankan,” katanya. Oleh itu katanya, pesalah harus dihukum dan tidak dibiarkan berleluasa sehingga menimbulkan kebimbangan pada orang lain yang mempunyai anak perempuan. “Ia berkaitan dengan soal maruah dan masa depan kanak-kanak itu, jika pesalah masih bebas, adakah keselamatan anak terutama perempuan terjamin kerana suspek mungkin akan mengulangi perbuatannya? “Ia berikutan saya difahamkan, dalam kes terbabit, lelaki tua yang didakwa penduduk sering memakai seluar dalam dan berlegar sekitar pangsapuri berkenaan dibebaskan pada hari sama dia ditahan,” katanya. Sementara itu, Hian Wah berkata, pihaknya menganggap kes berkenaan serius apatah lagi membabitkan seorang remaja yang mengalami masalah ‘lembap’. “Saya berharap pihak polis dapat menyemak semula keputusan diambil kerana membabitkan keselamatan kanak-kanak lain di pangsapuri berkenaan. “Malah, saya turut menggesa penduduk yang sebelum ini pernah melihat sebarang perla kuan tidak senonoh lelaki terbabit kepada mangsa dapat dilaporkan kepada pihak polis,” katanya. Beliau berkata, selepas mendapat rawatan di sebuah hospital kerajaan, remaja berkenaan kini ditempatkan di sebuah pusat kebajikan di Cheras selepas kesnya diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun





