• Daripada Nur Hidayah Sharif, Zahidah Aimi Mohd Zaki, Siti Hajar Muhammad Takudin, Nur Amira Mohd Akhir, Hanis Syafiqah Marzelan, Nurul Hayat Yahya, Noor Aishah Ishak dan Nurhana Daripada Nur Hidayah Sharif, Zahidah Aimi Mohd Zaki, Siti Hajar Muhammad Takudin, Nur Amira Mohd Akhir, Hanis Syafiqah Marzelan, Nurul Hayat Yahya, Noor Aishah Ishak dan Nurhana
  • Dari kiri: Noor Azizi Suboh, Ahmad Zharif Mohd Affandi Dari kiri: Noor Azizi Suboh, Ahmad Zharif Mohd Affandi
  • Salam rindu daripada: Faten, Nazira, Liyana, Shafaf, Atiqah, Naqiyan, Izzah Salam rindu daripada: Faten, Nazira, Liyana, Shafaf, Atiqah, Naqiyan, Izzah
1 /

BERIKUT adalah ucapan Ramadan dan Aidilfitri daripada pembaca-pembaca Sinar Harian Online khususnya mereka yang sedang berada di luar negara.

 

Salam Aidilfitri buat ahli keluarga tercinta dan sahabat handai, juga buat penaja kami JPA, guru-guru dan semua umat Muslimin di Malaysia. Moga perayaan kali ini memberi seribuk makna dalam kehidupan kita walau di mana jua kita menyambutnya. Maaf zahir & batin!

 

Salam rindu daripada: Faten, Nazira, Liyana, Shafaf, Atiqah, Naqiyan, Izzah

 

Ucapan: Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, daripada kami, pelajar Kejuruteraan tahun ke-3 dan ke-4 Vanderbilt University, Nashville,  Tennessee, Amerika Syarikat buat keluarga, sanak saudara di Kg. Baka, Machang , Kelantan, dan di Felcra Kundang Ulu, Muar, Johor, tidak lupa kepada penaja JPA, rakan-rakan dan guru-guru di SMK Hamzah 2, Machang, SMKA Maahad Muar dan SASER.

 

Dari kiri: Noor Azizi Suboh, Ahmad Zharif Mohd Affandi

 

SELAMAT hari raya, maaf zahir dan batin kepada ahli keluarga di Perlis, Penang, Terengganu, Melaka, Kedah, Johor dan Kelantan, sanak saudara dan rakan-rakan di mana jua mereka berada. Tidak lupa kepada pensyarah di IPG Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah, serta penaja kami Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Daripada Nur Hidayah Sharif, Zahidah Aimi Mohd Zaki, Siti Hajar Muhammad Takudin, Nur Amira Mohd Akhir, Hanis Syafiqah Marzelan, Nurul Hayat Yahya, Noor Aishah Ishak dan Nurhanani Rosli di University of Portsmouth, United Kingdom.

 

·         Nota: Mereka yang ingin berkongsi ucapan Salam Ramadan dan Aidilfitri boleh menghantar ke alamat e-mel: editor.online@sinarharian.com.my