• Toyota Toyota
1 /

TOYOTA Boshuku UMW Sdn Bhd (TBU) memperuntukkan lebih RM22 juta bagi membangunkan kilang ketiga dengan keluasan pembinaan 3,200 kaki meter.

Projek itu bermula awal tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan pelaburan UMW Toyota Motor RM1 bilion selama tiga tahun sehingga 2013.
         
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, TBU ditubuhkan lebih dari 25 tahun dengan nama dahulu Seat Industries (M) Sdn Bhd di mana kilang pertama TBU beroperasi pada 2011 dengan kemudahan pembuatan, pemasangan kerusi untuk Corolla dan kemudian berkembang ke bingkai kerusi, kemasan pintu dan pemasangan untuk model Toyota yang lain.

"Pada 2011 TBU melabur melebihi RM8 juta bagi menubuhkan kilang kedua yang memfokuskan kepada jahitan dan pemotongan dan pengenalan kepada produk baru yang di panggil "Package Tray" yang mana juga dikenali sebagai papan speaker belakang untuk projek baru pemasangan tempatan (CKD) Camry.

Menurutnya, TBU adalah kilang pertama di Malaysia yang memperkenalkan pembawa acuan automatik tanpa henti. Kilang ini telah berjaya menghasilkan 118 set pelapik kerusi bagi semua Vios baru.

Katanya, dengan penambahan kenderaan Toyota di jalan raya, permintaan pemasangan kerusi, ubahsuai pintu dan bahagian dalaman juga meningkat.

"Sejak 2004 perolehan jualan meningkat daripada RM121 juta kepada RM230 juta pada 2012," katanya.