Rencana Pembaca Sinar Harian
Klik di sini untuk menulis rencana dan hantar kepada kami.
Pilih tarikh untuk membaca rencana mengikut tarikh:
Pilih tarikh untuk membaca rencana mengikut tarikh:
RELA - BENTENG KETIGA NEGARA, PENYEMAI KONSEP 1MALAYSIA
18/5/2010 2:21:01 PM
Pengirim: Mohd Sharumnisham
Bergema, laungan seruan suci,
Dari ibu pertiwi,
Mohon jasa putera puteri,
Angkatan Rela sejati.
Begitulah bait pertama lagu rasmi yang menjadi satu kebanggaan kepada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Lagu itu sendiri bermaksud, setiap warganegara, tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama dan jantina amat diperlukan tenaga mereka secara sukarela dalam menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara.
Sejarah membuktikan tenaga sukarelawan amat diperlukan bagi membantu pasukan keselamatan membanteras anasir-anasir yang tidak dikehendaki. Contohnya penubuhan pasukan Home Guards atau pasukan kawalan kampung ditubuhkan sewaktu zaman darurat pada tahun 1948 dan dibubarkan apabila keganasan Parti Komunis Malaya dapat dibendung pada 31 Julai 1960. Sewaktu Indonesia melancarkan kofrontasi pada 1963 hingga 1965, sekali lagi tenaga sukarelawan digerakkan sebagai “mata dan telinga kerajaan” bagi memantau pergerakaan tentera penceroboh di kampung-kampung.
Rusuhan kaum pada 16 Mei 1969 menyebabkan kerajaan berpendapat satu pasukan sukarela perlu ditubuhkan secara tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela yang ditubuhkan bagi terus menjadi “agen-agen kerajaan” di kalangan orang awam.<
Lantaran itu, pada 11 Januari 1972, tertubuhlah Ikatan Relawan Rakyat atau lebih dikenali sebagai RELA di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Semenjak dari itu, pelbagai transformasi telah berlaku pada RELA dan pada 20 Mac 1999, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.
Kini, pasukan RELA begitu sinonim dengan pendatang tanpa izin ( PATI ) dan amat digeruni oleh mereka kerana peranannya yang begitu besar dalam usaha membanteras kebanjiran PATI ini bersama-sama agensi lain seperti Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Imigresen. Malah, baru-baru ini kerajaan mengiktiraf peranan RELA dengan menyerapkan ahli RELA yang layak ke dalam Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu kerajaan mencegah jenayah jalanan terutama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Bagi menjamin kebajikan anggota RELA, mereka digalakkan mencarum ke dalam insurans secara berkelompok. Kerajaan juga menetapkan bahawa, pihak-pihak yang ingin mengambil ahli RELA sebagai pengawal keselamatan perlu membayar gaji minimum RM 1 200 kerana tahap disiplin mereka yang tinggi dan mahir dengan asas keselamatan berbanding pengawal-pengawal warga asing.
Bagi melahirkan ahli RELA yang mantap dan bersemangat tinggi, mereka perlu menjalani latihan dan kursus mengenai tugas dan peranan sebenar RELA. Oleh itu, baru-baru ini seramai 152 ahli RELA daripada zon utara telah berkampung selama tujuh hari di Pusat Latihan RELA Wilayah Utara di Sungai Petani, Kedah bagi menjalani Kursus Asas RELA Siri 3/2010. Sepanjang berkursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti berkawad, ceramah undang-undang, kuliah agama dan aktiviti yang menjadi tarikan utama ialah latihan menembak menggunakan senapang patah jenis Bolt 12 Harrington. Inilah keistimewaan mengganggotai RELA kerana ahlinya dibenarkan memiliki senjata api bagi menjaga keamanan di kampung-kampung. Salah satu syarat utama untuk mendapatkan lesen senjata api ialah dengan menyertai kursus asas ini. Antara agensi lain yang turut menyampaikan ceramah pada kursus kali ini, ialah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan PDRM.
Siri kursus kali ini menjadi lebih bermakna apabila Ketua Pengarah RELA sendiri, Dato’ Zaidon bin Hj Asmuni telah hadir menyempurnakan Perbarisan Tamat Kursus. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru semua peserta meningkatkan imej dan disiplin dalam RELA kerana baru-baru ini ada segelintir ahli RELA yang terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan menjejaskan imej RELA secara keseluruhannya. Beliau juga berharap para peserta kurus dapat menbantu kerajaan dalam mencapai 2.5 juta ahli RELA pada tahun 2012 nanti. Beliau turut menyamapiakn sijil penyertaaan dan hadiah kepada pemenang pertandingan menembak dan kawad individu.
Di samping aktiviti fizikal dan majlis pengisian ilmu, kursus seperti ini dapat menyemai semangat 1Malaysia di kalangan peserta. Kursus ini bukan sahaja disertai oleh ahli RELA berbangsa melayu, cina dan india, malah seramai empat orang asli dari Perak dan seorang berketurunan siam turut sama menimba ilmu pengetahuan di sini. Pelbagai bangsa dan agama tidak menjadi batu penghalang untuk para peserta bekerjasama dan bergurau senda sepanjang aktiviti berjalan. Ikatan persaudaran tanpa batas sempadan dapat dilihat apabila masing-masing tidak kekok untuk tidur sebilik, makan semeja malah berkongsi minuman sewaktu latihan kawad diadakan. Sekiranya tidak menyertai organisasi seperti ini, mustahil kita akan dapat melakukannya. Lebih mengharukan apabila masing-masing berpelukan apabila ingin berpisah pada hari terakhir kursus.
Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita pasti akan menampakkan kesannya sandainya sifat positif ini turut diamalkan oleh 1.2 juta ahli RELA pada hari ini. Dan pada 2015 nanti, apabila sasaran 2.5 juta ahli tercapai, 1Malaysia pasti akan berjaya dengan gemilangnya.
Semoga peranan RELA dalam membantu memelihara kedaulatan dan keselamatan negara terus meningkat dari masa ke masa. Visinya untuk menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang unggul terletak di atas bahu para ahlinya untuk direalisasikan. Bagi orang ramai yang belum menjadi ahli dan berminat untuk menempuh pelbagai cabaran bersama RELA, berkunjunglah ke pejabat-pejabat RELA daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana inilah peluang rakyat Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan keamanan negara. Bak bait terakhir lagunya....
Marilah, pemuda harapan bangsa,
Pemudi tiang negara,
Bangkitlah kita bersama,
Membina negara jaya.
ETNISITI DI MALAYSIA
15/3/2010 6:16:35 PM
Pengirim: KHAIRUL AZHAR
Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara yang sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur kepada satu negara yang mampu berdiri kukuh setaraf dengan negara maju yang lain ini berlaku dalam tempoh selama 50 tahun (1957-2008) iaitu satu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah. Rentetan dan kronologi peristiwa yang berlaku dalam negara ini secara tidak langsung telah mendewasakan negara dan mematangkan masyarakatnya dalam menjalani kehidupan sebagai satu bentuk masyakat yang berbilang kaum atau dalam erti kata lain wujudnya Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia. Daripada pengalaman yang lepas, kerajaan khasnya dan rakyat amnya telah sedar bahawa kemajuan dalam setiap lapangan sosial yang sedia ada sebenarnya tidak akan lengkap selagi mana Etnisiti tidak diorganisasi dengan betul berlandaskan peraturan dan norma-norma yang telah disepakati umum. Walaubagaimanapun, satu persoalan yang harus dijawab secara bersama melalui kerjasama dan perbincangan pelbagai kaum ialah sejauhmanakah pengaruh Etnisiti dapat dilihat dalam sistem sosial di Malaysia. Ianya, secara konseptual ilmiah mangajak kita semua untuk menilai akan keadilan, kebenaran serta keberkesanan pengaplikasian Etnisiti dalan sistem sosial tersebut. Sememangnya , banyak yang boleh diperjelaskan dalam merungkai setiap peranan dan tanggungjawab pelbagai kaum dengan berlandaskan batas-batas tertentu untuk dinilai kerelevenannya dalam sistem sosial di Malaysia. Maka dengan itu, segala isi kandungan perbincangan yang terkandung dalam esei ini, secara keseluruhannya akan menyentuh tentang sejauhmana pengaruh Etnisiti dapat dilihat dan dijelaskan dalam sistem sosial di Malaysia.
Perkataan Etnisiti adalah berasal daripada kata akar Etnik yang bermaksud sekelompok manusia yang mengamalkan budaya. Oleh yang demikian, konsep Etnisiti boleh didefinisikan sebagai rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya melalui nilai,sejarah, sikap, paradigma dan tingkahlaku yang sama. Dan jika konsep Etnisiti ini diaplikasikan ke dalam sistem sosial, maka secara praktikalnya kita dapat melihat wujud satu kelompok manusia berasaskan kaum yang berkerja dalam pelbagai lapangan pekerjaan di malaysia. Dalam kehidupan tersebut pula, jelas manampakkan semangat kekitaan setiap kaum.
Sebenarnya, terlalu banyak pengertian tentang Sistem Sosial ,hasil daripada santapan ilmu para cendiakawan itu sendiri dalam mendefinisikan makna dan konsep tulin akan sistem sosial. Namun, apa yang pasti pengertian konsep Sistem sosial tersebut adalah disandarkan serta dilandaskan kepada ciri dan nilai sesebuah budaya, sejarah serta pemikiran sesebuah masyarakat.
Satu aspek penting dan utama yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah elemen keagamaan. Kepelbagaian agama dalam kalangan penduduk malaysia merencamkan lagi pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa, warna kulit, adat resam dan lain-lain lagi. Hakikaktnya, agama merupakan penanda jati diri yang kuat dalam menentukan aras pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Namum demikian, apakah pengaruh Etnisiti terhadap agama yang boleh diperhati dan difahami kita semua?. bagaimanakah Etnisiti tersebut berlaku dalam keadaan masyarakat yang pelbagai latar belakangnya?. Persolan seterusnya yang perlu dirungkaikan ialah mengapa dan apakan justifikasi kepada pengaplikasian Etnisiti tersebut terhadap masyarakat Malaysia?. Terlalu banyak tanda tanya berkaitan hal Etnisiti dalam agama yang sudah pastinya memerlukan jawapan rasional, logik dan adil. Maka dalam memahami hal ini, satu yang boleh dikongsikan secara ilmiah dan bersama ialah setiap agama di negara ini, mahupun di negara lain sebenarnya mempunyai keperluan untuk berkorban terhadap kepentingan agama masing-masing. Mereka akan sentiasa berpegang kepada perjuangan berasaskan ajaran agama tersendiri. Justeru, situasi tersebut secara tidak langsung menampakkan rupa bentuk dan mekanisma Etnisiti dalam agama. Setiap masyakat bebas untuk mengamalkan ajaran yang terkandung dalam agama masing-masing. Ini termasuklah aspek Ibadah, Sambutan perayaan dan Ketuhanan. Jika sekiranya kepercayaan yang dianuti itu cuba diganggu oleh pihak tertentu, maka sudah pastilah ianya akan mewujudkan satu suasana negatif dalam masyarakat tersebut. Penganut agama tersebut akan cuba mempertahankan sistem kepercayaan mereka dengan sanggup melakukan apa sahaja sama ada melalui undang-undang mahupun kekerasan. Jika semua ini berlaku, maka jelas dapat dilihat oleh kita semua akan pengaruh Etnisiti dalam sesebuah. Walaubagaimanapun, pengaruh Etnisiti juga boleh mendatangkan kebaikan sekiranya masyarakat mengawalnya secara adil dan saksama.
Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju melayu terutamanya pada hari jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi masyarakat bukan melayu. Justeru, apakah penilaian yang patut diberikan terhadap pengaruh Etinisti dalam aspek adat dan budaya?. Di sini, sesuatu yang boleh diperhati dan ditanggapi kita semua ialah wujudnya satu bentuk kebudayan campuran yang menjanjikan banyak manfaat serta faedah terhadap masyarakat Malaysia. Masyarakat luar akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, harmoni dan aman disebabkan wujud persefahaman dalam mengamalkan adat dan budaya masing-masing tanpa menyentuh kesensitiviti kaum lain. Masing-masing mempamerkan keunikan adat dan budaya tersendiri seperti cara hidup, cara berpakaian, makanan dan sebagainya. Misalnya, kaum Melayu sentiasa berbangga dengan cara hidup mereka yang sering dilabel umum sebagai sopan santun dan peramah. Mereka juga sentiasa menonjolkan pelbagai jenis adat sebagai ukuran kepada nilai-nilai ketinggian budaya yang dimiliki mereka. Kaum Cina dan India juga semestinya turut mengagung-agungkan adat serta budaya masing-masing. Keadaan ini pastinya akan menggalakkan lagi keharmonian amalan hubungan etnik di Malaysia.
Peri pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia ialah satu fakta yang telah diterima umum oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima bahwa hubungan etnik yang harmonis merupakan anak kunci sebenar kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita termasuklah pengaruhnya terhadap Sistem sosial di Malaysia. Namun demikian, kita perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan sebarang bentuk masalah etnik seperti pengaruh Etnisiti yang tidak terkawal tanpa mempertikaikan hak-hak kaum lain. Masyarakat kita mestilah mempunyai tahap kematangan yang tinggi dan rasional sebagai persediaan kepada pembentukan masyarakat malaysia yang lebih bersatu padu, kukuh dan sejahtera dimasa yang akan datang. Berkenaan dengan pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia, saya secara peribadinya beranggapan bahawa perkara tersebut merupakan sesuatu yang normal dalam situasi masyarakat yang berbilang kaum. Sebenarnya, kita tidak mempunyai kekuatan untuk menghalang ianya daripada berlaku, malah besar kemungkinan ianya akan bertransformasi mengikut keadaan semasa. Tetapi kita mempunyai alternatif lain bagi membendung pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial tersebut daripada menjadi negatif. Nah! apa yang boleh kita lakukan? bagaimanakah proses tersebut? berkesankan ia?. Pertamanya, setiap kaum mestilah mencapai kata sepakat dan persetujuan terhadap hak-hak kaum Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang bersumberkan daripada Kontrak sosial. Hasil pemahaman itu, kemudiannya dipraktikkan ke dalam setiap aspek kehidupan dalam Sistem sosial untuk membolehkan kita mengawalnya dan mentadbir Etnisiti secar adil dan saksama berdasarkan pertimbangan yang wajar. Selain itu, proses penerangan terhadap masyarakat dipelbagai peringkat mestilah juga diteruskan melalui langkah-langkah tertentu seperti dialog, seminar, mahupun kempen-kempen yang berkaitan.
|
MukaSurat 1 / 37 |










