• Pasukan Uniten yang mempamerkan aksi cemerlang kejohanan ragbi antara universiti. Pasukan Uniten yang mempamerkan aksi cemerlang kejohanan ragbi antara universiti.
1 /

Pasukan ragbi Universiti Tenaga Nasional (Uniten) mempamerkan aksi cemerlang sehingga dinobatkan naib juara Kejohanan Ragbi Antarabangsa Prince of Songkla Universiti di Thailand baru-baru ini.

Uniten memulakan saingan di peringkat kumpulan dengan mengetepikan pasukan Prince of Songkla Universit dengan mata 40–0 sebelum menewaskan MPK Warrior dengan 17–0 di peringkat separuh akhir.

Uniten mara ke peringkat akhir untuk berentap dengan pasukan Kedah Rugby. Corak permainan pantas dengan serangan bertali arus menjadikan perlawanan akhir tersebut penuh dengan aksi mendebarkan.

Walau bagaimanapun tuah Uniten hanyalah naib johan apabila ditewaskan oleh Kedah Rugby semasa peringkat akhir, namun semangat kesukanan dan disiplin yang ditunjukkan pasukan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Pengurusan dan Alumni Uniten, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, pertandingan itu membolehkan pasukan Uniten Thunders beradu kekuatan dan kepakaran dengan pasukan  antarabangsa yang hebat dari Singapura, Thailand dan juga Malaysia sendiri.