Toshiba peneraju inovasi
$entry.content.caption.value

Bagi memberi lebih pilihan kepada penggemar gajet, Toshiba Singapore Digital Products & Services Group (DS) sekali lagi menambahkan portfolionya apabila memperkenalkan siri Portege Z830 Ultrabook pertama bagi syarikatnya.

Pertama kali melihat ultrabook ini, tidak dapat dinafikan bahawa rekaan yang ditampilkan adalah ringkas tetapi menarik. Tambahan lagi, ia turut dilengkapkan dengan koleksi dan ciri yang yang mudah digunakan.

Dengan hanya berat 1.12 kg, keluasan skrin 13.3 inci, dan ketebalan hanya 15.9 mm, ultrabook ini telah diperkenalkan sebagai ultrabook paling nipis dan ringan di dunia berbanding ultrabook lain dalam kategori yang sama.

Penghasilan Portege Z830 bermula dengan hanya idea yang ringkas iaitu untuk mencipta sebuah ultrabook yang boleh dipercayai, nipis, ringan dan sempurna dari segi ketahanan, ciri yang ditampilkan dan prestasi yang ditunjukkan.

Menggunakan pemproses Intel generasi kedua® Core™ dan memori ultra pantas DDR3, siri Z830 ini menyediakan prestasi yang diperlukan untuk tujuan bekerja dan hiburan serta ditambanh dengan kuasa bateri yang lebih tahan lama.

Pemacu pejal 128GB mampu memberikan pengalaman tindak balas yang tinggi, yang dapat meningkatkan ketahanan dan tenaga dengan cekap.

Dipasangkan dengan teknologi permulaan berkelajuan tinggi terbaru yang eksklusif, pengguna boleh menghidupkan ultrabook dalam hanya beberapa saat. Malah, Portege Z830 ini sesuai digunakan di rumah atau di pejabat.


Inovasi terkini Toshiba

Portege Z830 direka menggunakan aloi magnesium yang berkualiti tinggi yang diperkukuhkan lagi dengan rekaan Honeycomb Rib yang dipertingkatkan serta struktur dalaman barunya mampu melindungi hentakan secara kejutan dan gegaran.

Sistem teknologi Toshiba Easy Guard nya pula, dicipta untuk menangani masalah keselamatan, keboleh percayaan dan ketahanan yang sering dialami oleh pengguna, sekali gus menjadikan komputer riba ini mempunyai ketahanan yang tinggi dari hentakan dan terjatuh (jatuhan diuji dari ketinggian 70cm).

Dengan pengalaman lebih 26 tahun dalam bidang pengkomputeran, siri Portege Z830 nyata membuktikan saiz yang kecil bukanlah penghalang dalam aspek sambungan. Mesin mudah alih ultra nya tampil dengan permukaan antara muka yang serba boleh termasuk Bluetooth, dan WLAN serta pilihan saiz penuh port termasuk VGA, HDMI, dan beberapa port USB, di mana salah satunya adalah port USB 3.0.

Selain itu, sistem ini turut menampilkan teknologi Toshiba USB Sleep & Charge yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk menguasakan telefon pintar mereka walaupun ketika sistem itu dimatikan.

Manakala, mesinnya juga memberikan apa yang pengguna inginkan bagi memenuhi keperluan profesional dan masa lapang, yang menjadi permintaan utama gaya hidup pengguna digital masa kini.

Paparan definisi tinggi 13.3 inci dengan lampu belakang LED dan pembesar suara stereo dengan teknologi Toshiba Audio Enhancement mampu menjadikan siri Portege Z830 ideal bagi tujuan mendengar muzik, menonton video mahupun berbual melalui video.

Antara ciri lain yang terdapat pada ultrabook ini termasuk papan kekunci pelbagai sentuh, webcam 1.3 mega piksel, bateri jenis 8 sel litium ion dan didatangkan dengan warna magnesium perak.

Lampu belakang pada papan kekuncinya pula memudahkan pengguna menaip walaupun dalam keadaan suasana yang kurang terang.
Ultrabook Portege z830 Toshiba akan mula berada di pasaran pada suku keempat tahun ini di Asia Tenggara.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.