HARI ini kita sering kali disajikan dengan video-video yang menjadi tular di media sosial melibatkan isu pembuli jalan raya.

Antara kejadian-kejadian yang masih segar di ingatan adalah kes di bazar Ramadan di sebuah negeri bahagian utara.

Dalam satu lagi video lain yang turut tular pula melibatkan penggunaan senjata tajam seperti parang.

Mengapakah ini semua terjadi? Adakah kerana mereka ini terlampau ikutkan amarah hingga terlupa untuk bertenang? Apa pula yang harus kita lakukan jika terlibat dengan situasi sebegini?

Di sini terdapat beberapa tips buat orang ramai jika berhadapan dengan situasi sedemikian.

Bawa bertenang

Pertama sekali anda harus bertenang dan tidak terlampau ikutkan emosi, jangan terus membuat keputusan melulu yang akan membuatkan anda menyesal kemudian hari.

Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah mengira dari angka satu hingga sepuluh.

Jangan bersikap biadap

Jika anda tidak mahu orang lain bersikap biadap dengan anda, jangan lah anda berperangai sedemikian.  Hormati pemandu lain di atas jalan raya kerana mereka juga sama seperti anda.

Contohnya adalah menunjukkan isyarat lucah, memberi lampu tinggi, mengekori kenderaan terlalu rapat, menghimpit kenderaan lain dan lain-lain.

Jangan respon

Jika ada pemandu lain yang bertindak memprovok anda, dengan menurunkan tingkap dan bersikap biadap, jangan mudah memberi respon.

Seeloknya, catat nombor plat kereta tersebut untuk keselamatan, dengan cara ini juga menunjukkan anda lebih matang dan tidak mudah terikut-ikut dengan emosi.

Segera meminta maaf

Walaupun ia bukan salah anda, tetapi segeralah meminta maaf untuk mengelakkan konflik yang lebih teruk.

Minta maaf bukanlah bermaksud anda kalah tetapi ia menunjukkan kesediaan anda untuk menjadi lebih baik dan belajar daripada kejadian tersebut.

Tips tambahan

Pasang video kamera kereta

Kalau kita lihat sudah banyak kereta yang menyedari kepentingan video kamera kereta ini kerana ia memudahkan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Dengan cara ini juga, anda lebih mempunyai bukti  jika ingin membela diri atau membuat aduan mengenai pembuli di atas jalan raya.

Sumber: Majalah Saga.Uk  & motorist.org


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DI negara ini, aktiviti ekstrem 'parkour' iaitu latihan pergerakan yang dikembangkan dari latihan ala klasik lompatan halangan tentera mungkin jarang didengari atau masih asing kalangan masyarakat kita.
  • KES kanser kalangan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Dianggarkan juga, seorang daripada 600 kanak-kanak di Malaysia akan menghidap kanser pada usia di bawah 15 tahun.
  • ADA sisi tidak terlihat di sebalik pembawaan diri dan perwatakan Ikon pilihan Sukarela minggu ini. Secara luaran, semangat dan usahanya yang suka membantu masyarakat dilihat seakan adrenalina mengalir di tubuhnya sentiasa tinggi.
  • MEMILIKI pancaindera kelainan upaya tidak bermakna kurang kemahiran. Ini dibuktikan wanita kebanggaan Indonesia yang berjaya menjalankan syarikat sosial dinamakan Thisable Enterprise, fokus untuk membantu golongan kurang pendengaran dan orang kurang upaya (OKU).
  • PROGRAM Ziarah Putra anjuran Sahabat Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) usaha murni dilaksanakan baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.