RAMAI orang mungkin mengetahui mengenai corak kerja kartunis Zunar yang sering memaparkan lukisan-lukisan berkaitan dengan pemimpin di Malaysia.

Karya-karya kreatif beliau sering kali mendapat pelbagai respons, baik positif mahupun negatif daripada seluruh rakyat Malaysia.

Namun begitu, apakah yang anda tahu mengenai pemilik nama Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, 55 tahun yang berasal dari Kedah ini?

Berbanding dengan pencapaiannya sebagai kartunis, banyak sebenarnya yang tidak tahu mengenai kartunis kontroversi ini.

Justeru, terdapat 6 fakta menarik yang nyata orang tidak tahu mengenai Zunar:

1. Tak pernah ada pendidikan seni

Kalau dilihat daripada hasil karya beliau, tentu sukar untuk menjangka bahawa dirinya tidak pernah mendapat pendidikan rasmi dalam bidang seni lukisan.

"Saya dahulu di sekolah ambil bidang sains, tak pernah pun belajar melukis ini, kerja pun sebagai juruteknik makmal di sebuah hospital.

"Selain itu, kartun pertama saya diterbitkan ketika saya berusia 12 tahun di Majalah Bambino, manakala kali pertama kartun saya diharamkan ketika saya berusia 17 tahun di majalah sekolah," katanya kepada Sinar Online.

2. 'Satu tangan oren untuk awak'

Mengakui dirinya tidak pernah menggunakan emoji di telefon pintar kerana merasakan itu adalah hasil karya orang lain.

"Ya, memang tidak menggunakan emoji di media sosial ataupun telefon pintar, selalunya jika saya lebih menggunakan tulisan untuk menggambarkan ekspresi.

"Contohnya, 'satu ibu jari oren untuk awak' (isyarat bagus)," katanya.

3. Lari daripada menduduki peperiksaan di universiti

Beliau tidak menghabiskan pengajiannya di universiti kerana lari daripada mengambil peperiksaan.

"Bagi saya ketika itu, sistem pendidikan tidak logik dan tidak boleh diterima akal, bayangkan, mengapa kita kena belajar mengenai X bahagi Y?

"Sebab itulah saya lari dan tidak mengambil peperiksaan," tambahnya lagi.

4. Lemah Matematik

Sementara itu, beliau juga mengakui agak lemah dalam subjek Matematik dan perkara yang berkaitan dengan nombor.

"Saya dan nombor memang agak lemah, tarikh semua memang susah nak ingat, sebab itu juga saya berhenti kerja sebagai juruteknik makmal.

"Kerja itu membuatkan saya banyak menulis laporan dan banyak menggunakan nombor, sering kali juga laporan saya itu salah, oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan meneruskan kerjaya sebagai seorang pelukis," katanya.

5. Pernah mencuri?

Jangan tak tahu ya, kartunis Zunar juga pernah mencuri sebuah majalah ketika berusia awal 20 an untuk tujuan pembelajarannya.

"Itu semua untuk tujuan pembelajaran, zaman 80 an mana ada Internet atau banyak bahan rujukan lain, dan majalah Times ketika itu banyak memaparkan kartun berunsurkan politik.

"Ketika itu juga, saya tidak mampu membeli majalah tersebut dan tidak mempunyai bahan rujukan lain, sebab itulah saya mengambil keputusan demikian," tambahnya.

6.  Ambil masa 15 jam untuk hasilkan 1 karya

"Saya seorang yang serius dan banyak berfikir, apabila ingin menghasilkan satu karya itu saya akan membuat banyak 'homework', bukan sekadar lukis sahaja.

"Pernah satu karya yang dihasilkan mengambil masa 15 jam hingga satu hari (berfikir dan menulis)kerana ingin mendapat hasil yang terbaik dan makna yang mendalam," katanya.

7. Pernah melakukan pelbagai pekerjaan

" Saya juga pernah bekerja sebagai buruh binaan, pencuci longkang, kelendan lori dan di tempat pengasingan sampah," tambahnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PADA mulanya pokok leban yang condong ke arah sungai itu hanya menjadi tempat berteduh untuk berehat bagi orang menaiki perahu di sungai Rompin dan juga sebagai penanda kawasan.
  • MAKAN lewat malam dan kurang bersenam menjadi satu daripada punca utama ramai rakyat Kedah menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan obesiti, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Leong Yong Kong.
  • GENERASI muda hari ini perlu sentiasa meletakkan ego mereka pada tempat yang betul dan jangan sesekali bersikap kasar terutamanya ketika menghadiri temuduga pekerjaan.
  • MAJIKAN sering mengeluh mengenai graduan hari ini yang tidak begitu kompetan dan sikap tidak acuh mengenai pekerjaan yang dipilih. Ramai menganggap kerana faktor pasaran kerja hari ini yang tidak menentu selain prinsip ‘janji ada kerja’.
  • SEBUT sahaja Kerian, pastinya ramai terbayang kelazatan hidangan popular di sini iaitu kari ikan sembilang, yang turut menjadi kegemaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.