MELANGKAH masuk ke Mydin Seremban 2, mata akan terus tertumpu kepada pentas yang tersergam di ruang legar utama.

Itulah keistimewaan yang terdapat di Pasaraya Mydin Wholesale Hypermarket Seremban 2 ini.

Pentasnya yang besar, kawasan ruang legar yang luas sesuai sekali untuk sebarang penganjuran aktiviti dan program.

Tidak hairanlah Mydin Seremban 2 ini menjadi pilihan agensi kerajaan dan swasta mengadakan majlis dan program di situ.

Cawangan kedua terbesar di Malaysia ini mula beroperasi pada 13 Disember 2013.

Malah ia menjadi cawangan pilihan utama masyarakat di sekitar Seremban membeli-belah.

Bercerita lanjut mengenai kemudahan mengadakan aktiviti di sini, sebanyak 250 kerusi disediakan kepada penganjur yang menggunakan ruang di kawasan utama itu.

Manakala untuk program yang melibatkan VVIP pula, penganjur tidak perlu bimbang kerana Mydin Seremban 2 menyediakan bilik khas dinamakan Bilik Seri Menanti untuk VVIP berehat sebelum acara bermula.

Malah di bilik itu juga, VVIP boleh bersantai sambil minum atau bersiap-siap sebagai persediaan sebelum terlibat merasmikan sebarang majlis.

Selain mempunyai ruang legar dan lot niaga yang besar di bahagian dalam, Mydin Seremban 2 turut menyediakan tapak di ruang letak kereta terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan jualan karnival atau aktiviti luar (out door).

Aktiviti yang boleh memuatkan lebih 5,000 pengunjung pada satu masa itu, mampu dilakukan di kawasan parkir terbuka di luar pasar raya.Walaupun terdapat penganjuran aktiviti di luar, namun pengunjung lain tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak lot parkir dalam bangunan setinggi empat tingkat.

Berkonsepkan akuatik serta mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang menggabungkan seni bina moden dan Islam, Mydin Seremban 2 kini mampu menggamit ramai pengunjung ke situ.

Pusat sehenti harga patut, kemudahan lengkap 

Rata-rata pengunjung ditemui tertarik dengan bahagian pasar segar di Mydin Seremban 2 yang menyediakan pelbagai sayur-sayuran dan makanan laut dengan harga murah serta berkualiti.

Tagline 'Mengapa bayar lebih, belilah dengan harga borong!' sangat bersesuaian, malah bertepatan dengan misi Mydin yang sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan harga murah kepada pelanggannya setiap hari.

Beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 11 malam, pengunjung di pusat membeli-belah ini boleh menjalankan pelbagai aktiviti bersama keluarga terutamanya boling iaitu tempat riadah paling popular dan sentiasa penuh setiap hujung minggu serta cuti sekolah.

Bagi mereka yang seharian menghabiskan masa di situ, boleh menggunakan ruang untuk mengecas telefon bimbit tanpa had dan percuma.

Ruang yang dikenali sebagai Free Of Charge (FOC) itu, memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan bekalan elektrik bagi mengaktifkan telefon bimbit dan komputer riba. 

Kelengkapan meja dan kerusi turut disediakan.

Ternyata Mydin Seremban 2 bukan sekadar tempat membeli-belah tetapi pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung di bawah satu bumbung.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENURUT Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.
  • SAPUAN gincu di bibir bukan sekadar olesan semata-mata. Sebenarnya olesan gincu bibir memberi impak kepada keseluruhan solekan pada wajah. Jangan sesekali memandang remeh dalam soal memilih gincu bibir yang sesuai dengan anda. Berikut lapan teknik mengoles gincu yang betul.
  • STRES atau tekanan adalah keadaan di mana anda mengalami rasa yang tanggungjawab kerja, rumahtangga, sekolah dan hubungan dengan pasangan yang terbeban di bahu anda melebihi kemampuan anda untuk melaksanakannya.
  • KONSEP dakwah santai melalui program “Street Dakwah: Islam is Peace” dapat menarik minat warga ibu kota di Jalan Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.
  • KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti plagiarisme atau penjiplakan dalam bidang akademik yang semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.