KEMENTERIAN Kesejahteraan Bandar, Perumahan  dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan kes penipuan berkaitan skim perumahan mampu milik.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pasukan khas ini melibatkan KPKT, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga badan NGO yang memperjuangkan nasib mangsa penipuan sindiket rumah murah ini.

“KPKT memandang serius dakwaan tersebut selepas syarikat terlibat tidak berdaftar dan tiada kelulusan KPKT. Maklumat sedang dikumpul berikutan ramai yang dakwa mereka tertipu dengan skim perumahan mampu milik. Mungkin syarikat itu buat sebagai kontraktor, bukan pemaju.

“Kita tidak mahu usaha kerajaan mengumumkan satu juta rumah mampu milik menjelang 2018 gagal kerana ada pihak ambil kesempatan. Memang digalakkan bantu kerajaan untuk tujuan itu tapi syarat-syarat dan undang-undang mesti dipatuhi,” katanya.

Selain itu, Noh meminta mangsa terlibat tampil membuat laporan supaya tindakan boleh diambil.

“Apabila dapat maklumat lengkap saya yakin tindakan dapat diambil. Sudah tentu ia akan dinilai dari dua aspek sama ada undang-undang jenayah atau sivil dan setakat ini, ada dua syarikat dikenal pasti terlibat dalam pembinaan rumah kos murah,” katanya.

Beliau berkata, sebarang aduan boleh dikemukakan ke Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara di talian 03-8891 4355/03-8891 4356 atau membuat semakan maklumat pemaju dengan melayari laman web iaitu http://ehome.kpkt.gov.my.

[ARTIKEL BERKAITAN: Diperdaya harga rumah murah

*Jangan LUPA ESOK! Kenyataan daripada pakar kriminologi dan peguam mengenai isu sindiket rumah murah

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUDAYA Melayu lama harus ditonjolkan kembali termasuk dalam konteks mengekalkan pakaian tradisi lama. Itulah yang cuba dilakukan Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak) Cawangan Perak dengan memperjuangkan tradisi lama Melayu melalui konsep pakaian dan persembahan mereka.
  • DUA tahun lalu, sebuah warung di persimpangan Felda Bukit Cherakah, Kuala Selangor mendapat perhatian meluas daripada orang ramai.
  • "Hanya Melayu tahu dirinya itu Melayu
  • PERKEMBANGAN teknologi dan pengaruh luar yang memisahkan budaya Melayu kini semakin membimbangkan.
  • KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Itu pepatah yang sesuai digunakan selepas sistem binaan industri (IBS) dikaitkan dengan 'scammer'.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.