$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Cabaran dalam penjagaan kesihatan yang kini merupakan antara isu utama di Malaysia, telah menggerakkan Motorola Solution menceburi usaha bagi mempertingkat sektor itu.
Melalui operasinya di negara ini, Motorola Solutions Malaysia Sdn Bhd, syarikat gergasi telekomunikasi global itu sedang bekerjasama dengan beberapa pemberi khidmat penjagaan kesihatan utama di Malaysia untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dalam bidang penjagaan kesihatan.
Sebagai satu nama yang sememangnya mempunyai reputasi dalam industri telekomunikasi global, Motorola sedang melihat ruang bagi mempertingkat peranannya dengan menawarkan pengetahuan serta pengalamannya dalam kerjsama yang serupa yang dijalinkan seluruh dunia.
Penyelesaian holistik
Menurut Penggerak Global bagi Operasi Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Industri Motorola Solutions, Robert Armstrong, seperti mana yang dijalankan di negara lain, pemberi khidmat penjagaan kesihatan di Malaysia secara berterusan mencari jalan bagi mempertingkat kualiti perkhidmatan mereka.
Katanya, antara fokus utama mencapai objektif ini ialah dengan menggunakan teknologi yang betul dan sesuai bagi setiap pengendali mengikut keutamaan mereka.
“Kami beri perhatian pada syarikat dan kerajaan sebagai pelanggan kami bagi penyampaian penyelesaian yang holistik dalam membantu jaringan rakan tempatan kami menambah nilai khidmat untuk penerima,” jelas beliau.
Menurut Armstrong, Motorola yang mempunyai rekod baik di Malaysia melalui pelbagai pelaburannya, berharap dapat mencapai objektif yang sama dalam industri penjagaan kesihatan Malaysia melalui penyampaian penyelesaian itu bagi pengendali tempatan.
Tiga kunci mobiliti
Katanya melihatkan kepada keperluan masa kini, institusi penjagaan kesihatan memerlukan kemudahan yang membenarkan segala maklumat dihantar tepat masa iaitu masa sebenar kepada kawasan geografi yang luas dalam kaedah yang paling selamat.
Menurut Armstrong, walaupun Motorola mempunyai kepentingan perniagaan, apa yang lebih penting bagi syarikat itu ialah mendidik para ahli dalam industri tentang elemen sebenar yang mereka perlu ada bagi satu mobiliti penyelesaian yang menyeluruh.
Tiga elemen itu adalah akses, aplikasi dan peralatan.
Armstrong berkata elemen pertama adalah akses (Internet) di mana berlaku transformasi kepada format digital dari sistem yang berasaskan kertas. Ini tidak dapat dielak dan memang perlu disebabkan maklumat perlu disampaikan dan diterima pada masa yang sebenar.
Dalam senario ini, optik fiber adalah jawapannya. Tetapi tidak semua kawasan mempunyai kemudahan optik fiber. Faktor ini menjadikan akses jalur lebar sebagai opsyen pilihan untuk akses kerana penghubung 'dial-up' sukar menanggung beban yang berat secara efisyen.
Kata Armstrong lagi, perkongsian dan kerjasama Motorola dengan penggiat utama dalam industri pasaran di Malaysia dan Asia Tenggara menjanjikan penyelesaian yang diberi syarikat itu boleh diadaptsasikan dan digunakan dalam aliran keperluan.
“Aplikasi ini bertindak sebagai rekod elektronik digital di hospital. Ia mengumpul dan menyimpan maklumat, antaranya, data mengenai transfusi darah, pengumpulan spesimen, maklumat ubat pesakit serta juga keterangan dan data administratif hospital,” terang beliau.
Katanya elemen terakhir adalah peralatan bagi mobiliti maklumat. Alat yang betul membenarkan penyampaian maklumat kritikal dengan pantas dan tepat.
Armstrong menerangkan bahawa Motorola mampu menyediakan peralatan yang betul seperti mana yang dikehendaki pelanggan mengikut keperluan dan spesifikasi mereka dalam penyampaian khidmat dan juga aset yang mereka ada.
Kedua-dua komponen ini akan diperhalusi bagi mengenal pasti peralatan yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang berkualiti tinggi selain kos efektif.
Katanya dengan menggunakan alat tanpa wayar adalah satu faktor yang unggul dalam mempertingkat faktor efisien serta prestasi.
“Ia melihat bagaimana penyelesaian kami boleh memberi impak lebih baik terhadap produktiviti selain mempertingkat penggunaan teknologi bagi melaksanakan satu tugasan dengan lebih baik,” tambah beliau.
Pelancongan perubatan
Pengurus Komunikasi bagi Motorola Solutions Malaysia Sdn Bhd, Annabel Ng, pula memberitahu selain melihat Malaysia sebagai pasaran penting, Motorola juga mahu menjalin perkongsian yang kukuh dengan negara ini.
Dengan pengalamannya yang luas, syarikat telekomunikasi global ini yakin dapat membantu Malaysia mempertingkat kesedaran umum dalam sistem penjagaan kesihatan digital.
"Kami dapat menggunakan pengalaman kami yang ditimba dari negara lain bagi rakyat Malaysia untuk membuatkan mereka sedar akan kepetingan bertukar dari sistem manual kepada pendekatan sistem digital agar mereka dapat membuat keputusan positif dalam isu penjagaan kesihatan,” jelas Ng.
Beliau berkata program transformasi yang dijalankan kerajaan telah membawa kebaikan terhadap industri penjagaan kesihatan dengan menarik penyertaan sektor swasta.
Hospital yang baru dibina telah berubah dari imej sebuah hospital secara tradisionalnya kepada sebuah pusat penjagaan kesihatan bercirikan hotel yang menjanjikan lebih keselesaan bagi pesakit dan keluarga mereka.
Teknologi membuatkan ini boleh dicapai, tegas beliau.
Bersama dengan progres yang sihat ini, Ng percaya Malaysia boleh menjadi antara destinasi utama dalam industri pelancongan perubatan global.- Bernama




