BUKU kanak-kanak tempatan, Mila bakal diadaptasikan kepada siri animasi 59 episod untuk pasaran antarabangsa, tidak lama lagi.

Kejayaan itu bertitik tolak apabila penulisnya, Maslina Yusoff menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan salah satu studio terkemuka di Korea Selatan, H Culture pada edisi ke-10 Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC), anjuran Perbadanan Kota Buku, baru-baru ini.

Mila, yang kini mengandungi sembilan siri, menceritakan kehidupan gadis kecil berambut kerinting pernah menduduki tempat teratas dalam senarai 50 Amazon China.

Buku ini pada mulanya diterbitkan di China dan diterjemahkan serta diterbitkan di Malaysia oleh Fazamas Books, Buku Prima dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslina berkata, idea mengenai kisah yang terkandung dalam buku berkenaan diilhamkan anak perempuannya.

“Saya benar-benar teruja untuk melihat Mila 'hidup’ melalui siri animasi ini dan terharu apabila watak itu mendapat perhatian studio antarabangsa,” katanya.

Untuk siri animasi, bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga akan bertindak sebagai penulis skrip dan penasihat dalam pembangunan watak tersebut.

“Saya juga percaya, siri animasi ini akan diterima baik semua dan akan pergi lebih jauh lagi,” katanya.

Dalam pada itu, H Culture bakal mengeluarkan trailer siri animasi itu yang berdurasi dua minit untuk menarik perhatian bakal pembeli di Perancis, United Kingdom dan Poland, pada September depan.

Tambahan pula, H Culture juga akan menjadi pengedar tunggalnya untuk pasaran global.

Presiden dan Pengarah Animasi H Culture, Sukhwa Wong berkata, pembangunan siri animasi ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan akan disiarkan dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

Katanya, sasaran utama adalah kanak-kanak berusia tiga hingga sembilan tahun.

“Saya jatuh hati dengan watak Mila kerana ia bukan saja unik tetapi menceritakan kisah lucu dan menyentuh hati.

“Saya juga percaya dengan kerjasama dan minat yang mendalam, kami akan menghasilkan siri animasi dengan jalan cerita yang hebat,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KECANTIKAN dan wanita berpisah tiada. Meskipun hidup tanpa negara, dalam keadaan daif, kaum wanita pelarian Rohingya di Kem Balukhali, Cox's Bazar, Bangladesh tidak ketinggalan untuk berhias.
  • PERTUBUHAN Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) kian aktif dengan pelbagai aktiviti kebajikannya, seiring motonya yang bersandarkan tumpuan berakhlak, mendidik dan berbakti, dengan 'sentuhan' meliputi segenap segi.
  • MENDAPAT gelaran Muslim Mother Teresa, 'kerjanya' yang suka memasak dan memberikan makanan serta tempat tinggal kepada golongan memerlukan, di kawasan kejiranannya di Montreal, Kanada, menarik perhatian bukan sahaja kalangan komuniti setempat, tetapi masyarakat dunia.
  • BABYBOX telah diperkenalkan di Finland sejak 1936 untuk mengurangkan kadar kematian kalangan bayi baru lahir. Babybox ini pada mulanya diberikan kepada keluarga mempunyai latar belakang berpendapatan rendah dan tidak mampu menyediakan katil untuk bayi mereka.
  • RAKYAT Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya, kata Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.