MENYEBUT Geylang Serai pasti ramai yang mempunyai kenangan manis terhadap pasar lama dan bazar hari raya tahunan.

Ia merupakan salah sebuah penempatan Melayu yang paling tua di Singapura dan pernah dikenali sebagai “Emporium Melayu Singapura”.

Geylang Serai menjadi pusat bagi pelbagai masyarakat yang tinggal dan bekerja di

sini. Selain itu ia juga merupakan tempat berbilang budaya yang penuh warna dengan sejarah yang menarik.

Masyarakat etnik Melayu di Geylang Serai, Singapura berhias lampu setiap kali menyambut bulan Ramadan. Sambil berbelanja, anda dapat merasakan suasana Ramadan yang berbeza apabila berkunjung ke sini.

Suasana perayaan dimeriahkan oleh bazar gergasi yang didirikan di sekeliling pasar ini dengan beratus gerai yang menjual makanan Melayu , pakaian, perhiasan rumah, perabot dan sebagainya.

Menariknya acara Hari Raya Light Up pada tahun ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam. Selama tujuh minggu, lebih 900,000 lampu LED mewarnai sepanjang 2.25 kilometer iaitu di Sims Avenue dan Changi Road.

Kelihatan ikon-ikon raksasa yang memaparkan ciri-ciri kemelayuan seperti kampung, songket, wau dan ketupat yang buat pertama kalinya memberi tarikan buat masyarakat setempat serta pelancong.

Binaan wau sebesar 4.4 meter memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kebudayaan Melayu. Selain itu kelong sebesar 12 meter dan sampan menghiasi pentas utama pada setiap persembahan mingguan dan tayangan fi lem antara tarikan di festival ini.

Timbalan Perdana Menteri (dua, kiri) dan VIP Tour menaiki bas double deck.

Dengan tema “Mendalami Semangat Kampung”, acara tahun ini juga memaparkan maklumat tentang tradisi orang Melayu menyambut Ramadan dan Hari Raya Puasa serta sejarah bazar Hari Raya.

Hiasan yang memaparkan ikon Melayu klasik, bukan sahaja direka bagi mencantikkan dan menambah kemeriahan sambutan Ramadan di Geylang Serai. Malah ia mempunyai matlamat yang lebih mendalam, iaitu mendalami lagi semangat kampung dalam kalangan masyarakat majmuk tempatan.

Semangat ini bukan hanya diterapkan masyarakat sekitar malahan pelancong yang mengunjungi kawasan Geylang Serai ini. Secara tidak langsung meningkatkan pemahaman mereka tentang sambutan Ramadan dan Hari Raya di Singapura.

Bagi memberi pendedahan kepada masyarakat, pameran sementara diadakan bagi mempamerkan tradisi semasa Ramadan dan Hari Raya serta bagaimana ia dirayakan di Singapura.

Pameran ini menampilkan sejarah bazar Hari Raya dan semangat gotong royong dalam kalangan komuniti Melayu.

Pengunjung juga mengunjungi Muzium Melayu di Pusat Komuniti Kampung Ubi untuk melihat aktiviti masyarakat terdahulu yang mempamerkan gong, bot nelayan, senjata dan permainan pada zaman silam.

Bazar Geylang Serai dan aktiviti kebudayaan

Bersempena festival ini juga, Geylang Serai kembali meriah dengan bazar tahunan. Di sekitar Geylang Serai, Joo Chiat Complex dan sepanjang Haig Road, dipenuhi dengan gerai menjual pelbagai jenis makanan tradisional seperti kuih tart dan kuih bangkit juga makanan moden yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Persiapan hari raya seperti pakaian tradisional dan dekorasi boleh anda dapati di sini. Terdapat lebih kurang 1,000 gerai untuk pengunjung membuat pilihan membeli belah dengan harga yangm berpatutan.

Memeriahkan festival, pertunjukan kebudayaan diadakan bagi memberi hiburan buat pengunjung. Lebih menarik lagi, pengunjung berpeluang menonton filem Melayu popular lakonan Tan Sri PRamlee.

Pendek kata, pelbagai kegiatan kebudayaan yang diselenggarakan diharapkan dapat memberi manfaat serta menyemarakkan lagi semangat kampung dalam kalangan masyarakat setempat.

INFO

  • Menarik di Hari Raya Light Up 2017: Nyalaan lampu LED lebih 900,000 unit di sepanjang Sims Avenue dan Changi Road Instalasi bersaiz besar dengan motif tradisional seperti-wau, ketupat , kelong menjadi tarikan utama
  • Mega Geylang Serai Bazaar – lebih 1,000 gerai menjual seperti pelbagai jenis makanan, item dekoratif dan pakaian.( 7pm-12am Ahad-Khamis) ( 7pm-2am Jumaat & Sabtu) , 24 Jun ( 7pm-6am)
  • Persembahan kebudayaan seperti kompang dan tarian Melayu.
  • Tayangan fi lem Melayu antaranya Nujum Pak Belalang dan Laksamana Do Re Mi.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADANG-KADANG anak-anak ni biasanya terlupa dan leka, biasalah bila sudah berkerja dan berkeluarga sendiri nak tak nak kita akan lebihkan keluarga sebelah isteri, kita cuba sedaya baik untuk penuhkan permintaan, lemah kita ni dengan pujukan si isteri , ikutkan sahaja permintaan agar tidak berperang di hari yang mulia ini.
  • SELEPAS mengikuti program Familiarization Trip (Famtrip) Jakarta, anjuran Dinas Parawisata (Jabatan Pelancongan) dan Kebudayaan Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta dengan kerjasama Bahagian Penerangan, Sosial dan Kebudayaan, Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur (KBRI), ternyata banyak destinasi menarik yang indah untuk dinikmati.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.