• Peserta rombongan mengabdikan kenangan di Los Angeles. Peserta rombongan mengabdikan kenangan di Los Angeles.
  • Walk of Frame. Walk of Frame.
  • Melancong ke USA dengan harga murah Melancong ke USA dengan harga murah
1 /

Jauh perjalanan luas pemandangan. Perumpamaan itu tidak boleh dinafikan lagi apatah lagi jika anda seorang yang sukakan pengembaraan.

Agensi pelancongan terkenal, Poto Travel & Tours kini sedang giat mempromosikan pakej melancong ke USA West Coast selama 12 hari 9 malam yang dijadualkan pada 10 November ini dan 7 Mac 2013.

Ketua Pembangunan Produk, Aishamruddin Mohd Ali berkata, pakej melancong tersebut merupakan produk terbaru daripada Poto Travel & Tours.

“Kami ingin membawa anda lebih jauh dengan meneroka kawasan yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong di Amerika Syarikat seperti Los Angeles, Grand Canyon, Las Vegas,” katanya.

Menurutnya, peserta rombongan ini akan menggunakan penerbangan Cathay Pacific dan transit di Hong Kong sebelum tiba di Los Angeles dengan tempoh penerbangan memakan masa selama 14 jam.

“Los Angeles merupakan bandar pilihan dan ianya tidak mempunyai bangunan pencakar langit. Ramai selebriti terkenal Hollywood menjadikan bandar ini sebagai tempat tinggal mereka.

“Jika bernasib baik, anda mungkin terserempak dengan mereka di sekitar bandar ini,” katanya.

Peserta juga akan dibawa ke Walk a Frame, Kodak Theater dan membeli belah di Citadel Outlets yang sememangnya sangat murah.

“Harga yang ditawarkan di Citadel Outlets membuatkan anda mabuk! Pelbagai barangan seperti beg tangan, kasut, pakaian berjenama boleh anda dapati di sini pada harga yang sangat murah,” katanya.

Beliau berkata, peserta juga dibawa melawat ke taman tema studio filem terkenal Universal Studios Hollywood yang tertua di Hollywood.

“Antara tarikan istimewa di sini adalah Studio Tour, King Kong 360 3D, Special Effect Stage, Terminator 2: 3D dan banyak lagi,” katanya.

Aishamruddin berkata, pada hari terakhir di Los Angeles, peserta akan dibawa ke Disneyland California untuk menerokai pengembaraan dunia imaginasi.

“Disneyland merupakan tempat percutian hiburan seisi keluarga. Terdapat pelbagai tarikan istimewa di sini seperti Main Street USA sebagai pintu masuk taman tema ini, Fantasyland di mana anda akan hanyut dalam dunia kisah dongeng, selain Tomorrowland, New Orleans Square, Adventureland dan banyak lagi,” katanya.

Pada hari keenam perjalanan dari Los Angeles akan menuju ke Grand Canyon yang memakan masa lapan jam. Di Grand Canyon, peserta akan dibawa ke Grand Canyon South Rim untuk menikmati pemandangan indah alam semula jadi.

Menurutnya, peserta boleh menyambung aktiviti membeli-belah di Las Vegas. Pelbagai pilihan kompleks membeli-belah dan butik terkenal terdapat di sini.

“Jika di Malaysia, hanya terdapat kelab malam, tapi di sini ada day time club yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong asing,” katanya.

Barstow Factory Outlet menjadi pilihan kedua untuk anda membeli-belah barangan berjenama seperti Coach, Louis Vuitton (LV) dan banyak lagi.
Dari San Francisco, peserta dibawa ke Hong Kong dengan bas sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

“Memang menyeronokkan apabila berpeluang melihat gaya hidup negara orang dan pastinya menjadi pengalaman terindah dalam diri,” katanya.

Harga pakej ini ialah RM11,696 bilik seorang dan RM9,989 bilik berdua bagi dewasa. Harga bagi kanak-kanak pula bermula RM8,988 dan RM7,995.
Lebih istimewa lagi harga bagi warga emas ialah RM11,551 bilik seorang dan RM9,824 bilik berdua.

Harga tersebut termasuklah tiket penerbangan kelas ekonomi  dan cukai lapangan terbang, penginapan hotel bertaraf tiga bintang dengan sarapan, segala lawatan diuarkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki taman tema, tips untuk pemandu bas dan pemandu pelancong serta visa ke USA.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Poto Travel dan Tours di talian 03-92006640 (ibu pejabat), 0388888640 (Putrajaya) dan 07-9326640 (Segamat).