SEORANG hamba ALLAH SWT diadili di hari pengadilan kelak, dia menghadapi tuduhan kerana mensia-siakan hidupnya di dunia demi untuk berbuat maksiat.

Sebaliknya, dia berkeras membantah dengan mengatakan tidak pernah melakukan perkara berkenaan.

Dia menafikan apabila malaikat memberitahu mengenai kesalahannya: “Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”


Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu...”

Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang.”

Disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu.”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir pun mengaku dengan selambanya, “Saya yang merayu.”

Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap.”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”

Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu.”

“Kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian mengenai perbuatan aibmu.” kata malaikat lagi.


Lelaki tersebut tidak mampu menyatakan apa-apa hujahan lagi lantas dia berputus asa dan berduka kerana sebentar lagi akan dihumbankan ke dalam panasnya neraka jahanam.

Dia  berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindung. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara halus yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata.”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MEMILIKI pancaindera kelainan upaya tidak bermakna kurang kemahiran. Ini dibuktikan wanita kebanggaan Indonesia yang berjaya menjalankan syarikat sosial dinamakan Thisable Enterprise, fokus untuk membantu golongan kurang pendengaran dan orang kurang upaya (OKU).
  • PROGRAM Ziarah Putra anjuran Sahabat Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) usaha murni dilaksanakan baru-baru ini.
  • PADA awalnya, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Sejagat (Uniaid) dikenali sebagai Aegean Refugee Aid (ARA). Ianya ditubuhkan pada 23 November 2015 di Izmir, Turki, sebelum didaftarkan secara rasmi di Malaysia dengan nama Uniaid.
  • SETIAP yang berlaku ada hikmahnya, malah sebagai umat Islam kita wajib percaya ALLAH jualah Yang Maha Mengetahui.
  • Hanya kerana baldi, Ketua Kampung Orang Asli Pos Hendrop ini diberi nama Bidi Ronggeng.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.