MAIN kutu’, biasanya dibuat oleh sekumpulan kecil 6 ke 12 orang dengan tujuan membeli sesuatu atau untuk membuat pembayaran dalam jumlah besar. Mereka akan menyimpan duit secara berpakat atau berjemaah agar pengumpulan dana dapat dibuat dalam keadaan terkawal, tanpa sebarang penipuan.

‘Permainan kutu’ dilihat sebagai alternatif yang cepat bagi mencapai matlamat berkenaan, mana tidaknya kalau 10 pemain, setiap bulan RM200, sudah pasti RM2,000 dalam genggaman!

Walaupun wujud Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 yang melarang sistem main kutu namun masih wujud kumpulan kecil hingga ke hari ini kerana risikonya kurang kerana caruman yang kecil dan jumlah peserta yang sedikit.

Dengan kepesatan teknologi sekarang ini, ramai peniaga menawarkan ‘permainan kutu’ kepada pembeli yang mahukan barangan atau produk yang dijual.

Namun, sejauh mana kesucian dan bersihnya skim ini sering jadi tanda tanya. Ada yang tanpa ragu dan ada yang dalam ragu-ragu menyertai juga dek perlukan sejumlah wang segera.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerana kutu kami bergaduh]

Dapatkan akhbar Sinar Harian dan ikuti laporan SOROT minggu ini mengupas isu ‘permainan kutu’ dalam kalangan masyarakat kini.