MENGGALAS tugas sebagai duta syarikat pengendali umrah, THO Travel & Tours Sdn Bhd bukanlah mudah bagi pemilik nama Mohd Sukur Ibrahim, 32.

Namun disebabkan mahu memberi kesedaran dan membuka mata mereka yang juga kurang upaya untuk menunaikan umrah, dia membawa peranan itu dengan semangat dan penuh bangga.

Ini kerana menurut Mohd Sukur, perasaan kurang yakin mampu menyempurnakan ibadah tersebut menjadi kekangan kepada golongan ini, walaupun dari sudut kewangan mereka mampu.

"Ada OKU dari segi kewangan mereka mampu tapi timbul kebimbangan jika ia menyusahkan diri dan orang lain terutamanya membabitkan jarak hotel dan masjid.

"Di THO Travel & Tours anda tak perlu risau kerana syarikat ini sangat mesra OKU yang sentiasa menyediakan servis dan kemudahan diperlukan sepanjang berada di sana. Jarak hotel dengan masjid pula cuma 10 meter ke Dataran Masjidil Haram," katanya.

Tambahnya yang kini sedang menjalankan perniagaan perkhidmatan membekal dan memasang karpet untuk masjid, pejabat dan sebagainya ini, THO Travel & Tours bukan sahaja perkhidmatan mesra OKU dan warga emas bahkan ia disediakan secara percuma.

Hubungan erat sesama jemaah berpanjangan walaupun setelah kembali ke Malaysia.

"Ada yang risau ketika saie atau tawaf. Selain kerusi roda, skuter pun ada. Tempat menginap juga hampir dengan masjid, tak perlu berjalan jauh.

"Lagipun anda tak perlu risau kerana dalam masa,sama THO Travel & Tours menerapkan sikap kekeluargaan dan bantu-membantu sesama jemaah termasuk ketika menjalankan ibadah," katanya.

Jelasnya, apa yang disampaikan itu bukanlah sekadar menjalankan tugas sebagai duta berikutan Mohd Shukri sendiri berpengalaman menunaikan umrah bersama THO Travel & Tours.

"Saya bercakap berdasarkan pengalaman sebab saya dah pernah buat umrah dengan THO Travel & Tours. Kesimpulannya, saya memang puas hati dan selesa sepanjang tempoh di sana.

THO Travel & Tours menerapkan sikap kekeluargaan dan bantu-membantu.

"Sebelumnya saya pernah buat umrah bersama ibu bapa dengan agensi lain. Masa tu saya berserah saja kerana faktor jarak dan perkhidmatan," katanya.

Katanya, kebiasaannya dalam satu kumpulan jemaah THO Travel & Tours yang terdiri daripada lebih 20 jemaah, terdapat satu atau dua orang OKU, warga emas atau mereka yang tidak mampu menguruskan diri.

"Satu kumpulan ada 20 jemaah atau lebih yang kami khaskan seorang petugas dan ustaz. Kebiasaannya ada seorang atau lebih jemaah OKU, warga emas atau yang kurang sihat. Kalau lebih pun tiada masalah kerana THO Travel & Tours boleh dapatkan kerjasama pelajar di sana.

"Yang pasti harga tetap sama dengan jemaah biasa dan semoga ia beri kesedaran kepada golongan ini supaya jangan risau, teruskan saja niat tunai umrah tu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KESEDIAAN kerajaan untuk membawa lebih ramai pekerja asing dalam sektor pembuatan bagi memenuhi keperluan pengilang di bahagian produk dilihat akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
  • KUALA LUMPUR - Influenza atau demam selesema mungkin jangkitan saluran pernafasan yang biasa berlaku di Malaysia, namun jangan sesekali mengambil mudah penyakit ini kerana ia boleh mendatangkan mudarat.
  • SETIAP orang ada cara meraikan bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun.
  • DARI sudut sejarah, perkataan tengkolok atau destar tercatat dalam buku sejarah Melayu dan cerita penglipur lara. Walaupun kita tidak mengetahui secara tepat masa bangsa Melayu mula menggunakan tengkolok, namun hampir pasti usianya sama dengan usia bangsa itu sendiri.
  • DESTAR atau nama lain tengkolok, tanjak dan justar didefinasikan sebagai sejenis kain yang dipintal, diikat dan disolek sebagai lambang atau maruah orang Melayu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.