DATANG pejabat tepat pada masanya, hormat para bos dan patuhi 'deadline'. Semua orang tahu mengenai perkara tersebut.

Namun ada 8 lagi perbuatan yang dilakukan tanpa sedar yang berpotensi mempengaruhi kehidupan seseorang di pejabat, kata CNN Money.

1. 'Komplen' terlalu kerap.

Mereka yang selalu mengkritik berpotensi dijauhi oleh orang lain. Tiada siapa suka mereka yang suka mengkritik. Malah, kritikan terhadap pekerjaan sendiri di pejabat boleh menyebabkan anda menghadapi masalah serius.

Kalau ada yang tidak kena dalam hubungan dengan rakan sepejabat, beritahu mereka. Bukannya mengutuk mereka 'secara berjemaah' di belakang tabir.

2. Pakaian tidak sesuai.

Banyak pejabat membenarkan persalinan kasual, kerana ianya bagus untuk keselesaan dan 'tidak mahal'.

Walau bagaimanapun, elak memakai pakaian yang mendedahkan bahagian badan yang tidak sepatutnya, memakai pakaian yang koyak atau paling teruk, pakai pakaian yang belum dibasuh.

Selain itu, janganlah pakai baju T yang mempunya elemen atau ayat yang mencarut/menghina.

3. Berbincang mengenai politik.

Berbincang mengenai isu politik semasa tidak selalunya elok untuk persekitaran di pejabat.

Ini kerana perbincang melibatkan politik boleh menimbulkan perselisihan faham atau pergaduhan antara rakan sepejabat.

Jangan kerana berbeza fahaman politik, anda dan rakan sepejabat anda tidak lagi bertegur sapa.

4. Sebar khabar angin.

Bagaikan sudah tiada kerja lain, menyebarkan khabar angin adalah antara perbuatan teruk berlaku di pejabat.

Bukan setakat khabar angin, kalau boleh, kutuk-mengutuk dan bergosip perlu dikurang atau paling bagus, jangan dimulakan.

Silap haribulan, ada yang diberhentikan kerja semata-mata memulakan atau membawa khabar angin di pejabat.

5. Bergayut di telefon, layari laman sosial secara melampau.

Walaupun keadaan di pejabat anda sibuk atau 'kelihatan' sibuk, percayalah, ada mata-mata yang memerhatikan kegiatan anda.

Mungkin kegiatan anda bergayut di telefon dengan pasangan atau membuka Facebook atau laman sosial lain secara kerap akan dilaporkan kepada pihak atasan.

Masa kini, hampir semua pejabat memantau aktiviti pekerjanya di atas talian.

6. Datang bawa virus.

Kalau tidak sihat (selesema, demam, sakit mata, batuk dan lain-lain) sila ambil cuti sakit dan duduk berehat di rumah. 'Enough said'.

7. Curi makanan rakan sepejabat.

Perbuatan paling teruk. Sila jangan lakukannya. Tiada siapa suka pencuri.

8. Menjadi sukarela terlalu kerap.

Dari sisi lain, perbuatan ini dianggap bagus tetapi mempunyai 'side effect' yang mendalam.

Mereka yang sering menjadi sukarela berisiko diambil kesempatan oleh pihak lain.

Malah, terlalu kerap melakukan kerja lain atau kerja orang lain boleh menyebabkan kerja anda sendiri terbengkalai.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEPERCAYAAN masyarakat terhadap sesuatu produk terutama membabitkan herba dan kaedah tradisional adalah faktor utama produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) masih tinggi di pasaran. Mereka masih terus menggunkan produk ini walaupun tahu status dan risikonya terhadap kesihatan.
  • KUALA LUMPUR - Bersantai bersama keluarga, beriadah di taman, membaca al-Quran di tempat terbuka, dan mempunyai pilihan untuk mengambil makanan dan barangan secara percuma. Itu situasi pada pagi Ahad di Taman Tasik Datuk Keramat, di sini, hari ini.
  • RAMBUT beruban dialami oleh semua orang pada bila-bila masa.
  • BUAT penggemar buah epal tentunya anda tidak pernah putus dengan bekalan buah epal di dalam peti sejuk.
  • KUALA LUMPUR - Kejohanan Catur GACC kembali menghangatkan arena catur negara, sekaligus menjadi pembuka tirai pertandingan sukan berkenaan di negara ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.