BARU-BARU ini, HTC telah melancarkan dua telefon baharu - HTC Desire 12 bersaiz 5.5” dan HTC Desire+ bersaiz 6” yang menampilkan reka bentuk moden, nipis dan selesa digunakan walaupun mempunyai skrin bersaiz besar 18:9 dari sisi ke sisi.

Dengan HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ ini, anda boleh menonton artis YouTube kegemaran di skrin besar, mengambil swafoto berkualiti setiap masa dan menjadikan telefon anda aksesori fesyen yang menarik. Jelas, model ini melengkapi gaya hidup anda.

Lanjutan daripada pelancaran global pada 20 Mac lepas, telefon bimbit ini kini boleh didapati di pasaran Malaysia! HTC Malaysia turut mengumumkan anjakan strategiknya ke segmen e-dagang menerusi usaha sama dengan Shopee untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia. Ini membolehkan peminat HTC mendapatkan produk HTC seperti HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ dengan lebih mudah.

Shopee tawar harga eksklusif HTC Desire 12, HTC Desire 12+

Selaras dengan pelancaran ini, peminat HTC boleh pra-tempah HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ masing-masing pada harga menarik RM599 (harga pasaran: RM739) dan RM729 (harga pasaran: RM899), eksklusif hanya di Shopee. Boleh didapati dalam warna perak dan hitam.

Fungsi kedua-dua telefon ini adalah berskrin besar yang mudah dikendali. Anda boleh menikmati pengalaman YouTube dalam definisi tinggi dan permainan harian dengan sempurna tanpa lag. Selain itu, anda boleh menikmati segala ciri hanya dengan ketukan ibu jari.

Momen kehidupan anda lebih istimewa dengan mengambil gambar dalam kamera 13MP, termasuk autofokus dan kejelasan tambahan di mana sahaja. HTC Desire 12+ juga menawarkan dwi kamera yang membolehkan anda menambah kesan artistik selepas mengambil foto.

Companion HTC Sense diprogramkan untuk membantu menjadikan kehidupan lebih mudah dengan Penggera Pintar yang bijak, mengikut kalendar anda, Penjimat Bateri untuk mengingatkan anda mengecas telefon sebelum meninggalkan rumah, dan meningkatkan prestasi dengan membersihkan fail dalam telefon.

Dengan kejayaan Surface Liquid indah ‘siri U11, Desire HTC 12 dan HTC Desire 12+ menggabungkan permukaan kaca akrilik yang tahan lama, bingkai lancar dan tepi yang indah melengkung menampil ciri mewah, serta warna dinamik menambah gaya.

Tawaran eksklusif Shopee ini bermula pada 9 pagi ini, 26 April 2018 untuk masa terhad sahaja. Dapatkan tawaran khas tersebut di http://shopee.com.my/htcofficiallaunch. Terhad kepada 1,000 unit sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari www.htc.com or www.shopee.com.