KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Itu pepatah yang sesuai digunakan selepas sistem binaan industri (IBS) dikaitkan dengan 'scammer'.

Pengarah Urusan Maju Group of Companies, Syaifulloh Imam Muhtasari berkata, tindakan scammer mempromosikan teknologi IBS membuatkan pelanggan berdepan kesangsian dengan sistem berkenaan.

“Syarikat saya turut menggunakan IBS. Jadi apabila pihak yang buat scam ini mempromosikan IBS, orang akan takut.

“Pelanggan yang tidak mengetahui sistem itu akan bertanya adakah IBS ini scammer? Jadi situasi ini sudah menjadi rumit sebabnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sebab orang lain buat silap, semua yang guna IBS mendapat kesannya,” keluhnya.

Menurutnya, menjual rumah pada kadar yang murah tidak menjadi masalah kerana pasaran di negara ini adalah pasaran terbuka.

“Jual harga murah kita tiada masalah. Masalah yang timbul adalah apabila ianya scammer. Jadi individu yang menjual rumah murah juga akan terpalit,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diperdaya harga rumah murah

Ketika ditanya adakah sebuah banglo mini berkeluasan lebih 1,000 kaki persegi dijual pada harga RM60,000, beliau yang mempunyai pengalaman 12 tahun dalam bidang pembinaan berkata, harga berkenaan tertakluk pada rekaan.

“Sebagai seorang kontraktor, saya tidak melihat pada harga tetapi pada rekaan. Contohnya RM60,000 untuk rekaan macam mana. Sebab kalau nak beli barang, buat rumah sahaja tanpa ada sebarang untung, komisyen, pengangkutan, rekaan mudah, saya boleh tetapi tidak praktikal.

“Sebab banyak kos lain seperti kos pekerja, kenderaan dan sebagainya. Secara tidak langsung menidakkan harga RM60,000 berkenaan,” katanya.

*Jangan LUPA ESOK! Kenyataan daripada pakar kriminologi dan peguam mengenai isu sindiket rumah murah

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.