MENGINAP di V E Hotel & Residence, Bangsar South yang menjanjikan penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur dengan reka bentuk moden.

Menyediakan kemudahan, keselesaan dan akses mudah buat pelancong perniagaan di Bangsar South, sebuah hab komersial dan gaya hidup yang kian berkembang maju di kota Kuala Lumpur.

Inapan ideal di tengah kota

VE Hotel & Residence Bangsar South (V E Bangsar South) ialah jenama hotel empat bintang  merupakan pilihan tepat buat sesiapa jua yang mencari inapan strategik di tengah kota .

Terletak berdekatan dengan KL Sentral, stesen Transit Aliran Ringan utama di bandar ini yang menghubungkan terus ke kereta api ekspres yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hotel ini menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk bergerak.

Dengan sejumlah 337 buah bilik mewah dan bilik suite penjuru yang serba lengkap berserta 90 bilik kediaman servis apartmen dan berkelengkapan penuh yang mempunyai satu serta dua  bilik tidur, hotel ini merupakan pilihan tambahan yang amat tepat buat kawasan yang semakin berkembang maju.

Penginapan

Direka dengan penuh teliti, V E Bangsar South menampilkan ruang lobi yang luas berserta tiga kaunter penyambut tetamu bagi menjamin proses daftar masuk dilakukan dengan pantas. Tetamu boleh memilih bilik mewah, bilik suit atau bilik mewah perniagaan yang menyediakan akses kepada kemudahan istirehat yang bersifat peribadi.

Selain itu, tetamu boleh menempah kediaman hotel yang mempunyai satu atau dua buah bilik tidur dengan kemudahan daftar masuk dan lif yang berasingan.

Memasuki ke ruang apartmen satu bilik, memberikan keselesaan buat anda yang datang bersama keluarga. Apa yang menariknya ruang tamu dilengkapi dengan set sofa dan juga TV LCD untuk lepak santai sambil menonton program kesukaan.

Di lantai yang sama ruang dapur dan ruang makan tersedia buat pengunjung. Lengkap dengan kabinet dapur  serta peralatan elektrik seperti peti sejuk, microwave dan mesin basuh memberi kemudahan

Ruang bilik juga dilengkapi dengan TV LCD. Tilam yang empuk memberikan anda istirehat yang sebenar. Bilik ini dilengkapi dengan wardrobe dan juga bilik air. Anda tidak perlu berebut kerana di luar bilik juga disediakan tandas.

Kemudahan

V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden yang memberi tumpuan terhadap penyediaan keperluan yang tepat, seperti katil yang besar, sambungan WiFi yang bagus, kemudahan dan ameniti yang amat teliti, perkhidmatan yang penuh perhatian serta lokasi yang strategik.

Direka dengan gaya pancuran air yang mengagumkan, podium ini menempatkan restoran hotel untuk menjamu selera sepanjang hari, dikenali sebagai The Straits Estate, berserta tiga bilik menjamu selera peribadi, sebuah bar kawasan terbuka dan ruang istirehat, kolam yang amat luas, serta gimnasium yang serba lengkap dan dibuka 24 jam.

Di sini terdapat empat in-house kafe dan restoran iaitu The Straits Estate, Kiosk The Deli, Veranda Bar & Lounge dan Poolside Cafe. Restoran The Straits Estate dibina menghadap central garden courtyard dengan sebuah kolam yang menambah suasana tenang.

Manakala di lobi Kisosk The Deli, pengunjung boleh menikmati hidangan ringkas seperti gourmet sandwich, salad dan pastries bersama pilihan snek tradisional tempatan. Anda boleh  singgah menikmati minum petang di sini sambil menghirup kopi atau teh.

Bagi yang suka berenang, jangan lepaskan peluang. Santai di area kolam renang memberi pandangan yang menarik sambil menikmati bangunan-bangunan di sekitar Bangsar South. Kolam untuk kanak-kanak turut disediakan . Ke semua kemudahan ini terletak di tingkat tiga.

Untuk  mesyuarat dan sebarang acara, V E Bangsar South terletak berhampiran dengan Pusat Persidangan & Acara Connexion, pengurus acara terkemuka yang mengurus kemudahan yang memiliki pelbagai fungsi menarik dan mampu memuatkan sehingga 2,000 peserta, selain mudah diakses terus dari hotel.

Sesungguhnya hotel ini amat tepat untuk pelancong komersial dan kumpulan perniagaan, V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden. Terima kasih V E Hotel & Residence Bangsar South untuk penginapan yang sangat selesa.
 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GENERASI muda hari ini perlu sentiasa meletakkan ego mereka pada tempat yang betul dan jangan sesekali bersikap kasar terutamanya ketika menghadiri temuduga pekerjaan.
  • MAJIKAN sering mengeluh mengenai graduan hari ini yang tidak begitu kompetan dan sikap tidak acuh mengenai pekerjaan yang dipilih. Ramai menganggap kerana faktor pasaran kerja hari ini yang tidak menentu selain prinsip ‘janji ada kerja’.
  • SEBUT sahaja Kerian, pastinya ramai terbayang kelazatan hidangan popular di sini iaitu kari ikan sembilang, yang turut menjadi kegemaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
  • MELANGKAH masuk ke Mydin Seremban 2, mata akan terus tertumpu kepada pentas yang tersergam di ruang legar utama.
  • “ORANG Rohingya ni bukannya baik! Kalau baik dia tak kena halau dengan Myanmar! Pakcik aku ada bela orang Rohingya. Bukannya baik sangat. Makan tuan ada la. Nak tahu perangai orang Rohingya kau tengok kat Pasar Selayang!”
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.